madah pujangga

Posted by Unknown On Thursday, January 26, 2012 0 comments

assalamualaikum.

dah bersawang berhabuk blog ni. bukannya aku xnak post tapi aku tengah menghidap sindrom "writers' block". eh betul ke nama dia? HAHAH

lately, aku seronok bila baca statement-statement orang yang disangka bijak especially kay malaysia ni. seronok bukan sebab ape, just rasa lawak bila statement tu memperbodohkan diri sendiri.

firstly, seorang bekas exco kerajaan negeri di pantai barat semenanjung. dia berkali-kali mengaskan dia memperjuangkan Islam tapi perjuangan dia xdihargai parti sendiri. sebab tu la dia dipecat. yang aku pelik sekali, dia nak buat roadshow tapi bukan untuk perjuangan Islam dia tu sebaliknya bertujuan nak memburuk-burukkan bekas parti dia. ish ish ish

statement berkaitan pengsytiharan aset oleh menteri & family kepada SPRM. menteri tu buart statement kalau perkara ni dilaksanakan akan membahayakan keselamatan sebab mendedahkan maklumat kepada awam. rasanya dia baca berita tak habis. SPRM cadangkan semua aset diisytiharkan kepada SPRM, bukannya orang awam. nampak tak point aku?

next, statement dari seorang timbalan menteri. dia xsetuju cadangan mengadakan debat antara ketua pembangkang & perdana menteri. alasan dia, debat ni budaya barat. pulak dah. habis tu selama ni bukan dah banyak ke budaya barat yang kita cedok? sejak bila pulak la debat ni jadi  budaya barat? haish. aku pun tak paham.

ok la. setakat ni dulu. xde idea langsung nak post entry. ni pun puas memerah otak. wassalam