Bahasa Melayu vs. English

Posted by Unknown On Friday, June 22, 2012 2 comments

Assalamu`alaikum w.b.t.

AMARAN!!! post ini tiada kena-mengena dengan isu PPSMI mahupun bahasa kebangsaan. juga tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

aku tulis ni just nak bagitau sebab apa aku prefer baca paper bahasa inggeris daripada paper bahasa melayu. firstly, sebab masa sekolah menengah dulu sekolah aku subscribe paper the star. so maksudnya setiap hari la aku baca paper berbahasa inggeris. dah terdidik nak buat macam mana kan? hahah

second reason, english papers have so much to offer in terms of sports news. nak harapkan paper bahasa melayu, 2-3 helai je la berita sukannya. mana puas baca sikit-sikit. kadang-kadang tu semua berita copypaste je dari news agency luar negara e.g. AFP, AP, Reuters. paper BM pun sama, copypaste jugak tapi paper English lagi banyak berita la.

third reason, paper BM tersangat la nipis kalau compared to English newspaper. kalau tebal pun, sebab ade banyak iklan plus 4D, 3D & segala macam nombor ekor lagi lah. berita pun nak sensasi je lebih, tajuk exagerating. plus, paper English ni menghentam parti politik tu kurang tajam la bagi aku sebab paper BM ni lebih kepada propaganda kerajaan. kalau aku nak baca pun, aku prefer sinar sebab agak natural berita politik dia.

sekian, wassalam

Harimau Malaya

Posted by Unknown On Thursday, June 14, 2012 0 comments

Assalamu`alaikum  w.b.t.


1st eleven Malaysia time lawan Singapura-pura


gambar kat atas tu ialah first eleven Malaysia time lawan Singapura last Tuesday. so kalau diperhatikan ade la muka2 baru dalam 1st eleven team negara. 1st, Azamuddin Akil aka Alex (13) dari Pahang & Amiridzwan Taj (6) dari ATM. 


bagi aku. secara personalnya aku suka kalau coach K. Rajagobal panggil player2 lain, tak kira la dari Liga Super ke, Liga Premier ke, asalkan player tu prestasi tgh kemuncak. sebabnya pada pandangan aku Rajagobal ni selalu sgt bagi player favourite dia je yg main. contohnya K. Gurusamy. tak dinafikan time lawan Singapore di Stadium Shah Alam tu dia main elok tapi selalunya perlawanan sebelum ni tak elok pun. 


Malaysia pada aku kekurangan creative midfielder yg boleh create game, pass bola dgn pelbagai corak hantaran & jarak. nak harapkan Safiq sorang  tak boleh jugak. Badri Radzi aka Piya tu aku rasa ok tapi entah sebab ape Rajagobal tak pernah call-up dia.


posisi lain aku rasa setakat player yg ade sekarang ni dah ok kot. midfield je la. back-up takde dah satu hal, partner atas padang untuk Safiq pun tak berapa umphhh lagi. so before AFF Suzuki Cup nanti harap2 Rajagobal berjaya cari lagi 1-2 player midfield untuk memantapkan lagi Harimau Malaya. 


sekian, wassalam.


p/s: Go Go Harimau Malaya aummm aummmm

Assalamu`alaikum w.b.t


first of all, aku nak pesan awal-awal yang post ni takde kaitan langsung dengan isu PPSMI. HAHAH. jangan salah sangka pulak ye kawan-kawan. post ini juga takde kaitan dengan kemenangan Portugal ke atas Denmark tadi mahupun perpindahan Nazmi Faiz ke SC Beira-Mar.


berikut adalah antara perkataan bahasa melayu yang di'derive'kan daripada perkataan bahasa portugis



PORTUGUESE
MALAY
Armario
Almari
Balde
Baldi
Banco
Bangku
Viola
Biola
Bomba
Bomba
Boneca
Boneka
Bola
Bola
Decano
Dekan
Garfo
Garpu
Igreja
Gereja
Janela
Jendela
Queijo
Keju
Camisa
Kemeja
Carreta
Kereta
Limao
Limau
Manteiga
Mentega
Mesa
Meja
Domingo
Minggu
Padre
Paderi
Festa
Pesta
Fita
Pita
Renda
Renda
Roda
Roda
Rondar
Ronda
Escolar
Sekolah
Sapato
Sepatu
Soldado
Soldadu/Askar
Tanque
Tangki
Tempo
Tempoh
Toalha
Tuala
Trocar
Tukar



p/s: kalau pergi brazil atau portugal lepas ni sebut je perkataan ni, tak payah belajar bahasa portugis pun  takpe. HAHAH

Tragedi

Posted by Unknown On Tuesday, June 12, 2012 4 comments

Assalamu`alaikum wbt


berakhir sudah semester kedua aku di UIA Gombak untuk sesi 2011/2012. selepas habis cuti 3 minggu ni, semester ketiga akan menyusul, bermula 25 Jun 2012. so aku nak story la sikit perkara sedih yang menimpa aku pada hujung bulan April hari tu.


aku tak ingat tarikh sebenar kejadian tapi rasanya 26 April kot. hari Khamis. tempat kejadian : bilik aku di Mahallah Uthman Affan, UIA Gombak. masa : antara 9 hingga 9.30 pagi. pada waktu tu aku telah mengalami kerugian sebanyak RM2k. bukan la perniagaan MLM aku rugi ke ape. aku kan memang benci skor A, tak kan la aku nak joint kot. HAHAH. 


sebenarnya bilik aku telah dipecah masuk. er, bukan pecah masuk kot. dimasuki pencuri la. so nak dijadikan cerita, laptop & fon aku memang kena sebat la. menusuk kalbu bhai, fon baru guna tak sampai sebulan poof hilang macam tu je. laptop tu pulak macam-macam data ade. dengan notes, exercise programming, assignment lesap sekali la. 


puncanya bukan sebab kecuaian aku la. kunci bilik roommates aku kena sebat time dia tidur dekat musolla. memang sedap la pencuri tu bukak pintu bilik, tenang je macam bilik dia. aku pulak tengah tidur time tu. laptop & fon atas meja study. bangun tidur je aku nampak pintu bilik terbukak. menggelabah aku cari laptop & fon tu. bila dah confirm kena curi, tanpa berlengah aku report dekat mahallah office. tapi setakat report je la. barang dah hilang. buat report polis pun sama jugak. 


so aku nak pesan la kat semua, jangan ingat tempat kita tu ramai orang kuat agama, takde pencuri, penyangak & species2 yang sewaktu dengannya tu. tu dekat UIA pun berlambak sebenarnya. tapi aku tak berani la nak tuduh sape yang curi barang aku. aku pun tak mengharap sangat dapat balik barang aku. redha je la.. sekian


p/s: kalau dah pemimpin pun mencuri duit rakyat, tak pelik la kecurian berlaku dalam kalangan rakyat

Melayu bersatu? how come?

Posted by Unknown On Sunday, June 10, 2012 0 comments


"You will never find any people who believe in Allah and the Last Day loving those who have opposed Allah and His Messenger, even though they be their fathers, or their sons, or their brothers, or their kinsfolk. They are those in whose hearts Allah has inscribed faith and has strengthened them with a spirit from Himself. He will admit them to such Gardens underneath which rivers will be flowing, to dwell there in for ever. Allah is well pleased with them and they with Allah. They are of Allah's party. Know it well that those of Allah's party alone are truly successful!"


"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya."


al-Mujadilah [58:22]


Allah dah nyatakan kan?

ILMU

Posted by Unknown On 0 comments

assalamu`alaikum

ringkas je post kali ni sebab aku nak tengok match Euro 2012, Germany lawan Portugal. hahaha

belakangan ni Sekretariat Ilmuan Muda Malaysia (ILMU) makin pelik aku tengok. 2 minggu lepas kalau tak silap aku, ILMU tuduh ramai ulama besar sebagai sesat. antaranya Yusuf al-Qardhawi, Wahbah az-Zuhaili, Hassan al-Banna.

bila aku baca paper sinar harian pagi tadi (9 Jun 2012), ILMU sekali lagi muncul dengan tuduhan pelik mereka. kali ini Jamaluddin al-Afghani & Muhammad Abduh pulak dituduh sebagai agen Barat dalam menyebarkan fahaman pluralisme & liberalisme. Hassan al-Banna, Ikhwanul Muslimin pun turut dikaitkan sekali.

aku tak paham apa motif tulisan-tulisan sebegini disebarkan oleh pihak ILMU. kalau nak sebarkan sesuatu berita, sertakan sekali dengan fakta & bukti-bukti ilmiah. kalau setakat fitnah  cakap kosong, siapa-siapa pun boleh buat. sekian

assalamu`alaikum