Isteri Rasulullah SAW part I

Posted by Unknown On Sunday, January 27, 2013 0 comments

Assalamualaikum

hari ni dah masuk 15 Rabi'ulAwwal 1434H. dua hari yang lepas kita telah menyambut maulid ar-Rasul, sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. perbanyakkan selawat ke atas baginda, moga kita mendapat syafaat daripada baginda di Padang Mahsyar kelak.

tak kenal maka tak cinta. justeru, entry kali ni aku nak tulis mengenai isteri-isteri baginda. aku just bagitau yang basic  je la, nak tau lebih detail kena cari la sendiri. ye dok? hahah

isteri pertama Rasulullah SAW ialah Khadijah binti Khuwaylid bin Asad bin Abdul 'Uzza bin Qusay bin Kilab. sebelum bernikah dengan Rasulullah SAW, Khadijah pernah bernikah dengan 'Utayyiq bin 'Abid dan Abu Halah bin Malik. perkahwinan Rasulullah SAW dengan Khadijah dikurniakan 6 orang anak; Qasim, Abdullah, Zaynab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Fatimah. Khadijah merupakan satu-satunya isteri Rasulullah SAW yang tidak pernah dimadukan. tempoh perkahwinan mereka ialah 25 tahun. Khadijah meninggal dunia kira-kira 3 tahun sebelum peristiwa Hijrah.

isteri kedua Rasulullah SAW ialah Sawdah binti Zum'ah. Sawdah merupakan janda kepada al-Sakran bin 'Amru sebelum dipinang Rasulullah SAW. al-Sakran meninggal dunia selepas kembali ke Mekah setelah berhijrah ke Habsyah. Rasulullah menikahi Sawdah kira-kira 2 bulan selepas Khadijah meninggal dunia. Sawdah meninggal dunia pada tahun 54H.

isteri ketiga Rasulullah SAW ialah A'isyah binti Abu Bakar al-Siddiq. dia digelar al-Humaira' kerana kulitnya yang putih kemerah-merahan. sewaktu Rasulullah SAW  bernikah dengan A'isyah ketika dia berusia 6 tahun, selepas pernikahan Rasulullah SAW dengan Sawdah binti Zum'ah. selepas berhijrah ke Madinah barulah Rasulullah SAW dan A'isyah tinggal bersama ketika Rasulullah SAW berusia 53 tahun manakala A'syah 9 tahun. A'isyah merupakan satu-satunya isteri Rasulullah SAW yang masih gadis semasa dinikahi. sebanyak 174 hadith yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang dilaporkan A'isyah. A'isyah meninggal dunia pada tahun 58H sewaktu pemerintahan Muawiyah dan disemadikan di al-Baqi'.

isteri keempat Rasulullah SAW ialah Hafsah binti Umar al-Khattab. dia merupakan isteri kepada Khunays bin Khuzafah al-Sahmi sebelum bernikah dengan Rasulullah SAW. Khunays terkorban syahid dalam Perang Badar. Hafsah berkahwin dengan Rasulullah SAW pada tahun 3H ketika berusia 20 tahun dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 45H.

p/s: sumber rujukan ialah buku Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW

Listen!X100000

Posted by Unknown On Tuesday, January 15, 2013 0 comments

Assalamualaikum

malam ni satu video has gone viral. video pasal mahasiswi UUM dimalukan dalam dewan di depan khalayak.

khalayak pulak sambil tersengih sumbing bertepuk tangan, bersorak riang tanda bersetuju & menyokong kenyataan seorang ahli panel wanita yang seakan-akan mahu menjawab persoalan yang diutarakan. sebaliknya, individu tersebut memperkecilkan mahasiswi tersebut malahan tidak menjawab soalan dan melalut perkara2 yang tidak berkaitan

hak binatang tiba2 menjadi perkara pokok yang dibangkitkan ahli panel tersebut. kucing, anjing, ikan jerung semua masuk sekali

sejujurnya, imej Muslim terjejas dengan teruk sebab perbuatan ahli panel ni. mahasiswi tu dah la non-Muslim. ditunjukkan perangai buruk macam  tu. haih.

wassalam

p/s: jemput layan video di bawah. kehkehkeh


Isu Nama ALLAh

Posted by Unknown On Wednesday, January 09, 2013 0 comments

Assalamualaikum 

hari ni aku nak post entry berkenaan isu semasa di Malaysia setelah lama post pasal perkara lain. Isunyaialah pertikaian penggunaan nama Allah olehnon-Muslim dia Malaysia.

Isu ni kembali hangat setelah Lim Guan Eng meminta kerajaan Malaysia membenarkan penggunaan nama Allah mengganti perkataan Tuhan dalam Bible terbitan Bahasa Melayu.

semalam jugak Sultan Selangor telah mengharamkan penggunaan nama Allah oleh mana-mana non-Muslim di Selangor. di Selangor, pengharaman penggunaan nama Allah oleh non-Muslim memang telah difatwakan sejak tahun 2010.

pendapat peribadi aku, kita orang Islam di Malaysia ni sebenarnya taksub, atau mungkin takut dengan penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim. padahal di dalam al-Quran telah dinyatakan bahawa Allah itu tuhan sekalian alam, bukannya tuhan sekalian orang Islam. Dr. Yusuf al-Qardhawi sendiri tidak menghalang kalimah Allah digunakan non-Muslim

cuma, penggunaan kalimah Allah itu tidaklah digunakan sehingga mengelirukan. misalnya, dalam konsep triniti dinyatakan bahawa Jesus itu Allah, Mary itu Allah, Holy Spirit itu juga Allah. seperti juga pengucapan salam oleh non-Muslim. tak dinafikan kita akan berasa canggung mendengar non-Muslim mengucapkan salam tetapi ia bukan satu kesalahan. cuma harus dipastikan ucapan mereka itu betul & tak lari maksud sebenarnya. semuanya gara-gara kurangnya dakwah Islamiyah besar-besaran dalam negara kita kepada non-Muslim.

Belajar dari teladan Rasulullah S.A.W. menggunakan taktik kaum musyrikin Quraisy dalam Perjanjian Hudaibiyah untuk memberi kelebihan kepada Islam. Isu penggunaan kalimah Allah buleh dijadikan platform untuk dakwah Islamiyah besar-besaran. Bayangkan berapa besar potensi pengislaman rakyat Malaysia kalau hampir 40% rakyat non-Muslim menggunakan perkataan Allah dalam kehidupan sehari-hari mereka.

sekian, wassalam.

Kembali Ke Rumah

Posted by Unknown On Monday, January 07, 2013 0 comments

Assalamualaikum.

dah lama aku tak menjengah ke sini. niat & cetusan idea tu ada tapi kemalasan menjadi aral yang melintang. cewah bahasa. hahah

semalam baru babis exam. eh babis tu apa? habis sebenarnya. hahah. paper Materials Science & Engineering. target lulus je lah. hahah

sepatutnya pagi tadi lagi dah bertolak balik ke rumah, tapi kawan aku cancel balik rumah. jadi terpaksa tunda ke esok pagi. balik bertiga, berkonvoi dengan motor. lepas exam je terus aku pulas throttle motor pergi workshop, tukar minyak hitam segala bagai. jalan jauh boh, gila ko main bedal balik macam tu je. hahah.

cukup la tu kot sebagai pembuka bicara, pemanis kata. hahah. makan, mandi, packing, layan movie then tidur. hahah

wassalam