Isteri Rasulullah SAW part III

Posted by Zuhdi Farhan On Wednesday, February 13, 2013 0 comments

Assalamualaikum

malas nak mengomel panjang2, kita direct to the point terus. sambung 2 entry terdahulu berkenaan isteri2 Rasulullah SAW, hari ni sambungan part III.

isteri ke-9 Rasulullah SAW ialah Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan bin Harb. Ummu Habibah Ramlah ialah janda kepada Ubaydillah bin Jahsyin, sepupu Rasulullah SAW. Ummu Habibah Ramlah dan suaminya pernah berhijrah ke Habsyah. ketika di Habsyah, Ubaydillah telah murtad dan menganut Kristian dan meninggal dalam kekafiran. Rasulullah SAW telah mengirim 'Amru bin Umayyah al-Damiri kepada al-Najasyi. melalui al-Najasyi, Rasulullah SAW telah melamar Ummu Habibah Ramlah untuk dijadikan isteri. sepupu Ummu Habibah Ramlah, Khalid bin Sa'id bin al-'As menjadi wali bagi upacara pernikahan. perkahwinan Rasulullah SAW dengan Ummu Habibah Ramlah berlangsung pada tahun 7H. Ummu Habibah Ramlah meninggal pada tahun 44H.

Safiyyah binti Huyay bin Akhtab merupakan anak perempuan kepada ketua bangsa Yahudi bani Nadhir. suaminya, Kinanah bin Abu al-Haqiq dan ayahnya terkorban dalam Perang Khaybar manakala Safiyyah sendiri ditawan tentera Islam. Safiyyah diberi 2 pilihan; dibebaskan atau memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah SAW. Safiyyah memilih menjadi isteri Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bernikah dengan Safiyyah selepas Perang Khaybar pada tahun 7H. Safiyyah meninggal dunia pada tahun 50H dan dikebumikan di al-Baqi'.

Maymunah binti al-Harith ialah ibu saudara kepada Abdullah bin Abbas dan Khalid bin al-Walid. nama asalnya ialah Barrah. Rasulullah yang menukarnya kepada Maymunah. sebelum menjadi isteri Rasulullah SAW, Maymunah merupakan isteri kepada Abu Rahm bin Abdul Uzza al-'Amiri. Maymunah ialah perempuan terakhir yang dinikahi Rasulullah SAW, iaitu ketika Umrah al-Qadha' di Makkah. Maymunah meninggal pada tahun 51H ketika Muawiyah bin Abu Sufyan menjadi khalifah.

Mariyyah al-Qibtiyyah atau Mariyyah binti Syam'un ialah hamba yang dihadiahkan oleh penguasa Mesir, al-Muqawqis kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW dikurniakan anak dengan Mariyyah bernama Ibrahim namun meninggal ketika berusia 16 bulan. Mariyyah meninggal di Madinah pada tahun 16H.

tamat la sudah siri isteri2 Rasulullah SAW. wassalam

p/s: sumber rujukan ialah buku Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW

NGLC '13

Posted by Zuhdi Farhan On Tuesday, February 12, 2013 0 comments

Assalamualaikum

aku nak skip dulu post pasal isteri Rasulullah SAW tu untuk kali ni dan cerita serba sedikit pasal kursus yang aku paksa rela (yeke?) pergi last weekend.

so, nak dijadikan cerita, minggu lepas Engineering Students Society (ENGINIUS XIX) telah menganjurkan New Generation's Leaders Course 2013 aka NGLC '13 untuk leader2 dan ahli2 ENGINIUS tenureship yang baru. mulanya kata free, tup-tup kena bayar RM20. bengang la jugak masa tau kena bayar tapi last2 rasa berbaloi la.

kursus ni diadakan di El-Ezzhar Camp, Morib bermula Jumaat (8 Feb) sampai Ahad (10 Feb). tujuannya tak lain tak bukan nak mengeratan silaturrahim antara ahli2 ENGINIUS XIX. antara pengisiannya ice breaking, tadarus al-Quran, explorace, leadership course by Ibrah Paradigm Training & Consultancty yang dikepalai oleh ustaz Syaari Abdul Rahman, dan talk2 lain.

overall, memang sangat berguna ilmu dan info yang dapat dari program ni. antaranya cara mengurus event/program, steps & birokrasi menganjurkan program dari buat proposal sampai ke post-mortem, dan mengenalpasti ciri2 leader & manager yang perlu ada dalam diri.

kebanyakan aktiviti dilakukan dalam kumpulan. peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan. setiap kumpulan averagenya terdiri daripada 10 ahli, brothers + sisters. tu yang semangat sikit tu. hahah. kalau sama jantina, mandom sikit la kot.

kita fast forward terus la. akhirnya, group aku, Group 1 dapat tempat ke 3 keseluruhan.. kesimpulannya, natijah program ni bagi aku memang berjaya. sebelum ni kenal muka je, tapi sekarang dah tau nama. kira orait la tu kan? hahha

Group 1
 ni la gambar ahli2 group aku. tapi ada sorang MIA. hahah. kalau ada masa nanti aku post pasal inti2 talknya pulak. sekian, wassalam.

p/s: mohon ENGINIUS tiap2 tahun buat induction dekat luar. buat dekat audi A bosan. keh3

Isteri Rasulullah SAW part II

Posted by Zuhdi Farhan On Saturday, February 02, 2013 0 comments

Assalamualaikum

dah nak habis pun cuti semester aku. esok (isnin) akan berkonvoi dengan rakan-rakan kembali ke bumi UIAM terchenta. tapi bukan itu yang aku nak cerita. aku nak sambung pasal isteri Rasulullah SAW

isteri kelima Rasulullah SAW ialah Zaynab binti Khuzaymah bin al-Harith. semsa zaman jahiliah, dia digelar Ummul Masakin kerana gemar memberi makanan kepada orang miskin. Dia merupakan janda kepada Abdullah bin Jahsyin, sepupu Rasulullah SAW yang syahid dalam Perang Uhud. Rasulullah SAW menikahi Zaynab pada tahun 4H. Zaynab meninggal semasa Rasulullah masih hidup dan disemadikan di al-Baqi'.

isteri Rasulullah SAW yang keenam ialah Hindun binti Abu Umayyah Huzafah al-Mughirah al-Makhzumiyyah. nama gelarannya ialah Ummu Salamah. dia merupakan janda kepada Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad, sepupu dan saudara susuan Rasulullah SAW. Abu Salamah terkorban kerana luka parah dalam Perang Uhud. Sebelum pinangan Rasulullah SAW diterima pada tahun 4H, Ummu Salamahterlebih dahulu telah menolak pinangan Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Ummu Salamah meninggal pada tahun 58H ketika berumur 84 tahun dan dikebumikan di al-Baqi'.

isteri ketujuh Rasulullah SAW ialah Zaynab binti Jahsyin bin Ri'ab. dia merupakan sepupu Rasulullah SAW, anak kepada Umaymah binti Abdul Mutalib. pada mulanya, Rasulullah SAW meminang Zaynab untuk dijadikan isteri kepada Zaid bin Harithah. selepas Zaid dan Zaynab bercerai, Allah memerintahkan Rasulullah SAW mengahwini Zaynab pada bulan Zulkaedah tahun 5H. Zaynab meninggal dunia pada tahun 20H semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.

isteri kelapan Rasulullah SAW ialah Juwairiyah binti Harith. nama sebenarnya ialah Barrah. Rasulullah SAW sendiri yang menukar namanya. ayahnya merupakan ketua keturunan al-Mustalaq, telah mengumpulkan bala tentera bagi memerangi Rasulullah SAW dalam Perang al-Muraisi' pada tahun 6H. dalam pertempuran itu, keturunan Mustalaq mengalami kekalahan. 200 keluarga berjaya ditawan tentera Islam. suami Juwairiyah, Musafi' bin Safwan telah terkorban. Rasulullah SAW menikahi Juwairiyah pada bulan Sya'ban tahun 6H selepas memerdekakannya. Juwairiyah meninggal dunia pada tahun 56H ketika berusia 65 tahun.

p/s: rujukan dari buku Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW