Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
a) Perkataan
Sebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (riddah) orang yang mengucapkannya.
Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 65 dan 66 :
Yang bermaksud : “Patutkah nama Allah dan ayatNya serta Rasul Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alas n-alasan yang dusta), (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman..”
Di antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut :
1. Ingkar sesuatu yang diketahui daripada agama (islam) secara darurat seperti mengengkari keEsaan Allah, kewujudan Malaikat, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W dan seumpamanya.
2. Menghalalkan apa yang diharamkan secara ijma’.
3. Mengharamkan apa yang dihalalkan secara ijma’.
4. Mencela Nabi Muhammad SAW atau Nabi-nabi lain atau mengejek mereka.
5. Mencela agama Islam, menghina al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.
6. Mendakwa wahyu turun kepadanya.
7. Merendah-rendahkan nama Allah dan perintah Nya.
b) Perbuatan
Di antara perbuatan yang boleh membawa kepada riddah ialah :
1. Mencampakkan Mashaf al-Quran atau Kitab Hadis Rasulullah S.A.W ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.
2. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
3. Tidak mengamalkan hukum-hukum al-Quran dan as-Sunnah kerana menggangapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang.
c) Niat
Contohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukannya. Niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga.
Syarat-syarat Sah Seseorang Dikira Murtad
Para Ulama’ bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.
i) Berakal. Tidak sah murtad jika orang gila dan kanak-kanak.
ii) Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.
ZF: na`uzubillahiminzaalik
salam..
pagi ni my entry will be about BERSIH 2.0..the biggest and dirtiest (for the government & police part) street rally ever happened in our beloved,one and only country
umum dah tahu apa yg berlaku pada tarikh keramat 9 julai 2011..a day before that KL already being shutdown by the police..memang tak lepas nak masuk KL..first time dalam hidup aku KL jdi eeriely sunyi..macam bandar mati!!!
media-media internasional (eg. al-Jazeera, Reuters, AFP) semua buat liputan..and coincidently (really???) laporan mereka lebih kurang sama..tindakan polis menyepak, menendang peserta rally ni mendapat liputan meluas..gas pemedih mata disembur secara direct kepada orang awam..sehingga seorang meninggal dunia..tinggal media mainstream bukan internasional je yg masih cuba memperbodohkan beberapa kerat rakyat Malaysia yg belum celik mata
PM pula menyatakan tiada insiden serius yg berlaku..sedangkan Amnesty International dan United Nations (PBB) dah menyelar tindakan Malaysia-sebuah negara 'demokrasi'- menggunakan kekerasan dalam menangani hal ni
so,lepas ni aku nak tengok adakah PRU-13 nanti akan dilanda Tsunami 2.0 macam PRU-12 dulu..rasanya kaum saluran 1 memang tak boleh dicelikkan mata lagi sebab mata mereka memang dah nak tutup pun..tinggal lah generasi muda macam aku ni untuk buat perubahan pucuk pimpinan..tak guna kalau kita ada pemimpin korup, pantang ditegur..mereka -mereka ni lah yg akan bankrupkan negara kelak
aku sertakan sekali sajak Sasterawan Rakyat, A. Samad Said
salam