Ini hujah yang sering digunapakai oleh pelobi-pelobi undi UMNO/BN. Hujah mereka, risiko kehilangan hak-hak istimewa orang Melayu, kuasa Raja-raja Melayu dan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan jika Pakatan Rakyat memenangi PRU13 lebih besar dari risiko rasuah, kronisme, ketirisan pengurusan kewangan negara yang dilakukan oleh Barisan Nasional semenjak puluhan tahun dahulu; yang akan berterusan jika mereka kekal mendapat mandat.
Dari mana mereka dapat ramalan risiko yang dibawa oleh PR? Tidak lain tidak bukan dari media-media arus perdana yang dikuasai BN. Adakah mereka membawa bukti yang kukuh dihadapkan kepada rakyat jelata? Tidak. Lalu bagaimana mungkin sesuatu yang tidak pasti berlaku, ditolak mentah-mentah sedangkan perkara yang sudah berlanjutan berlaku pula dikatakan sebagai mudharat yang lebih ringan?
Gunakan akal yang cerdas untuk membuat pilihan bijak. Lakukan timbang-tara untuk masa hadapan generasi akan datang. Sekian, ini kalilah. Pakatan Harapan Rakyat
hari ni aku nak post entry berkenaan isu semasa di Malaysia setelah lama post pasal perkara lain. Isunyaialah pertikaian penggunaan nama Allah olehnon-Muslim dia Malaysia.
Isu ni kembali hangat setelah Lim Guan Eng meminta kerajaan Malaysia membenarkan penggunaan nama Allah mengganti perkataan Tuhan dalam Bible terbitan Bahasa Melayu.
semalam jugak Sultan Selangor telah mengharamkan penggunaan nama Allah oleh mana-mana non-Muslim di Selangor. di Selangor, pengharaman penggunaan nama Allah oleh non-Muslim memang telah difatwakan sejak tahun 2010.
pendapat peribadi aku, kita orang Islam di Malaysia ni sebenarnya taksub, atau mungkin takut dengan penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim. padahal di dalam al-Quran telah dinyatakan bahawa Allah itu tuhan sekalian alam, bukannya tuhan sekalian orang Islam. Dr. Yusuf al-Qardhawi sendiri tidak menghalang kalimah Allah digunakan non-Muslim
cuma, penggunaan kalimah Allah itu tidaklah digunakan sehingga mengelirukan. misalnya, dalam konsep triniti dinyatakan bahawa Jesus itu Allah, Mary itu Allah, Holy Spirit itu juga Allah. seperti juga pengucapan salam oleh non-Muslim. tak dinafikan kita akan berasa canggung mendengar non-Muslim mengucapkan salam tetapi ia bukan satu kesalahan. cuma harus dipastikan ucapan mereka itu betul & tak lari maksud sebenarnya. semuanya gara-gara kurangnya dakwah Islamiyah besar-besaran dalam negara kita kepada non-Muslim.
Belajar dari teladan Rasulullah S.A.W. menggunakan taktik kaum musyrikin Quraisy dalam Perjanjian Hudaibiyah untuk memberi kelebihan kepada Islam. Isu penggunaan kalimah Allah buleh dijadikan platform untuk dakwah Islamiyah besar-besaran. Bayangkan berapa besar potensi pengislaman rakyat Malaysia kalau hampir 40% rakyat non-Muslim menggunakan perkataan Allah dalam kehidupan sehari-hari mereka.
sekian, wassalam.
Rata-rata orang Islam mengetahui yang 9/10 daripada rezeki ni datangnya daripada perniagaan. still sektor ekonomi dunia belum mampu dikuasai oleh orang-orang Islam. hatta di Malaysia sendiri pun ekonomi dikuasai oleh non-Muslim.
tak dinafikan semakin ramai orang Islam di Malaysia, khususnya Melayu yang menjerumuskan diri ke dalam arena perniagaan ni. ada yang berjaya, ada yang tak berjaya. memang niat di hati ni kalau buleh nak membantu orang-orang yang seagama & sebangsa, tapi kadang kala sikap mereka membuatkan bantuan yang nak dihulurkan di tarik kembali. fitrah manusia berkehendakkan sesuatu yang mampu memuaskan hati dan perasaan.
p/s: aku tak tau & tak reti macam mana nak explain & elaborate ayat al-Quran tu. rujuk la sendiri kat mana-mana ustaz, senang cerita. hahah
it's been a while since the last time I posted an entry in English. not that I didn't have any idea. it's just I'm not in the mood. hahah
last friday, I journeyed back home with my dongsaeng ( eh, korean??? ) using KTM Intercity train, Ekspres Rakyat. frankly speaking, once the train started to move, I began to see all sorts of behaviours from other passengers boarding that same coach with me.
behind me, there was a guy whose-race-cannot-be-mentioned acting up all cocky like he owned the coach. without considering others, he just listened to songs and turn up the volume more than he should. luckily, other passengers in the coach acted like nothing was wrong with it.
there was also a family, with 2 little kids. it's nice to see cute-looking kids running in the coach. the thing that was not very nice to see was they just left all their trashes behind when they reached their destination. and believe me, their seats were full of tissues and empty bottles.
the government are trying to give an impression to the outsiders that we, Malaysians are a bunch of courteous, neat, clean and etc people but look at what we do. tarnishing our own image, isn't it?
p/s : it seems to me that what the government is trying to do and accomplished is nothing but bullshits. am I right?
tengah seronok surfing internet, aku terjumpa artikel yang berkait dengan mercun. dalam tu ade la jugak dia sebut pasal orang Melayu. sejujurnya, aku memang sangat2 setuju yang orang Melayu memang bodoh kalau bab main mercun ni. satu bodoh sebab main, satu lagi bodoh sebab time nak main pandai, tapi yang sampai putus segala anggota tu apehal?
aku cakap aku setuju sebab memang betul pun. pernah tak dalam bulan Ramadhan, tengah berjemaah solat tarawih tiba-tiba POMMM! kat tepi telinga? sape yang main mercun tu? anak orang Melayu kan? ade mak bapak dorang larang? kalau ade Alhamdulillah. kalau takde?
dekat2 nak raya, confirm berjela-jela berita pasal putus jari, putus tangan, kaki sebab main mercun. main meriam. sape tu? anak2 orang Melayu la kan? even mak bapak dah tahu durjana mercun, anak2 still beli jugak. memang tak dinafikan mostly anak2 tu beli senyap2. tapi ade jugak pesen mak bapak yang sponsor anak2 main mercun. konon sayang anak. sayang sangat la tu sampai beraya satu family kat hospital
tiap2 tahun, start je Ramadhan memang berita macam ni je la akan memenuhkan front page surat khabar.
p/s: ahli politik takut orang Melayu kudung tangan kalau laksana Hudud tapi tak takut orang Melayu kudung tangan sebab main mercun. puiii
![]() |
| 1st eleven Malaysia time lawan Singapura-pura |
gambar kat atas tu ialah first eleven Malaysia time lawan Singapura last Tuesday. so kalau diperhatikan ade la muka2 baru dalam 1st eleven team negara. 1st, Azamuddin Akil aka Alex (13) dari Pahang & Amiridzwan Taj (6) dari ATM.
bagi aku. secara personalnya aku suka kalau coach K. Rajagobal panggil player2 lain, tak kira la dari Liga Super ke, Liga Premier ke, asalkan player tu prestasi tgh kemuncak. sebabnya pada pandangan aku Rajagobal ni selalu sgt bagi player favourite dia je yg main. contohnya K. Gurusamy. tak dinafikan time lawan Singapore di Stadium Shah Alam tu dia main elok tapi selalunya perlawanan sebelum ni tak elok pun.
Malaysia pada aku kekurangan creative midfielder yg boleh create game, pass bola dgn pelbagai corak hantaran & jarak. nak harapkan Safiq sorang tak boleh jugak. Badri Radzi aka Piya tu aku rasa ok tapi entah sebab ape Rajagobal tak pernah call-up dia.
posisi lain aku rasa setakat player yg ade sekarang ni dah ok kot. midfield je la. back-up takde dah satu hal, partner atas padang untuk Safiq pun tak berapa umphhh lagi. so before AFF Suzuki Cup nanti harap2 Rajagobal berjaya cari lagi 1-2 player midfield untuk memantapkan lagi Harimau Malaya.
sekian, wassalam.
p/s: Go Go Harimau Malaya aummm aummmm
"You will never find any people who believe in Allah and the Last Day loving those who have opposed Allah and His Messenger, even though they be their fathers, or their sons, or their brothers, or their kinsfolk. They are those in whose hearts Allah has inscribed faith and has strengthened them with a spirit from Himself. He will admit them to such Gardens underneath which rivers will be flowing, to dwell there in for ever. Allah is well pleased with them and they with Allah. They are of Allah's party. Know it well that those of Allah's party alone are truly successful!"
"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya."
al-Mujadilah [58:22]
Allah dah nyatakan kan?
entry kali ni aku nak story sikit pasal politik. dah lama tak buat entry pasal politik ni. tapi ni bukan politik kepartian la. ni pasal politik kampus. standard la kan, aku seorang mahasiswa. HAHAH
gambar2 tu semua adalah banner, banting, poster & logo SRC Carnival di universiti aku. ( SRC = Students Representative Council ). korang semua nampak tak benda2 pelik dalam gambar tu?
semua dah maklum yang universiti aku ni SRC terdiri drpd wakil2 pro-M. tapi aku taknak cerita pasal pro-M, pro-A atau pro-J. haa, pro-J ni baru wujud. dia muncul sama timeline dia dgn JATI 21. konon2 third force, silent majority. gambar pun bertopeng je ( baca : takut nak dedah identiti ).
so berdasarkan gambar2 tu, dapat la disimpulkan bahawa anasir2 khianat, sabotaj dah mula menular dalam kampus. ni simptom2 politik jahat, politik fitnah, politik samseng yg dah ada kat luar sana tu la. ada golongan2 tertentu yang cuba nak semai & cambahkan budaya politik tak sihat ni ke dalam kampus.
kononnya nak menzahirkan perasaan tak puas hati, benci & meluat kpd saf pimpinan SRC 2010/2011 padahal tenure kali ini lah diakui ramai warga universiti - kalau bukan yg terbaik pun - antara yg terbaik. aku tak rasa yg buat benda2 khianat ni orang luar. dan aku jugak seboleh-bolehnya tak nak percaya yg perkara ni dilakukan oleh mahasiswa yg kononnya berfikiran matang.
kalau ada rasa tak puas hati, bersemuka la. guna saluran yg betul utk nhyatakan pendapat. ni bukan gaya mahasiswa yg cerdik. ni pun bukan gaya anak jantan. selalunya orang yg baling batu tapi sembunyi tangan ni orang yg pengecut, dayus. orang utara cakap, 'takdak teloq'. HAHAH
tenure 2010/2011 has been officially disbanded. the exact date of PRK still in the shade. so nak tgk la lepas ni sape2 yg pegang SRC tu performance dia mcm mana. kalau pun tak buleh jadi sebaik tenure yg lepas, at least kena buat sehabis baik la. aku jugak teringin nak tgk orang2 yg kalut meng'condemn' failures SRC 2010/2011, mcm mana gamaknya kalau dorang yg jadi SRC? kalau berani ambil calon time PRK nanti.
p/s: aku tak xetuju kalau orang cakap mahasiswa jgn sibuk hal2 politik
dah bersawang berhabuk blog ni. bukannya aku xnak post tapi aku tengah menghidap sindrom "writers' block". eh betul ke nama dia? HAHAH
lately, aku seronok bila baca statement-statement orang yang disangka bijak especially kay malaysia ni. seronok bukan sebab ape, just rasa lawak bila statement tu memperbodohkan diri sendiri.
firstly, seorang bekas exco kerajaan negeri di pantai barat semenanjung. dia berkali-kali mengaskan dia memperjuangkan Islam tapi perjuangan dia xdihargai parti sendiri. sebab tu la dia dipecat. yang aku pelik sekali, dia nak buat roadshow tapi bukan untuk perjuangan Islam dia tu sebaliknya bertujuan nak memburuk-burukkan bekas parti dia. ish ish ish
statement berkaitan pengsytiharan aset oleh menteri & family kepada SPRM. menteri tu buart statement kalau perkara ni dilaksanakan akan membahayakan keselamatan sebab mendedahkan maklumat kepada awam. rasanya dia baca berita tak habis. SPRM cadangkan semua aset diisytiharkan kepada SPRM, bukannya orang awam. nampak tak point aku?
next, statement dari seorang timbalan menteri. dia xsetuju cadangan mengadakan debat antara ketua pembangkang & perdana menteri. alasan dia, debat ni budaya barat. pulak dah. habis tu selama ni bukan dah banyak ke budaya barat yang kita cedok? sejak bila pulak la debat ni jadi budaya barat? haish. aku pun tak paham.
ok la. setakat ni dulu. xde idea langsung nak post entry. ni pun puas memerah otak. wassalam
salam..
pagi ni my entry will be about BERSIH 2.0..the biggest and dirtiest (for the government & police part) street rally ever happened in our beloved,one and only country
umum dah tahu apa yg berlaku pada tarikh keramat 9 julai 2011..a day before that KL already being shutdown by the police..memang tak lepas nak masuk KL..first time dalam hidup aku KL jdi eeriely sunyi..macam bandar mati!!!
media-media internasional (eg. al-Jazeera, Reuters, AFP) semua buat liputan..and coincidently (really???) laporan mereka lebih kurang sama..tindakan polis menyepak, menendang peserta rally ni mendapat liputan meluas..gas pemedih mata disembur secara direct kepada orang awam..sehingga seorang meninggal dunia..tinggal media mainstream bukan internasional je yg masih cuba memperbodohkan beberapa kerat rakyat Malaysia yg belum celik mata
PM pula menyatakan tiada insiden serius yg berlaku..sedangkan Amnesty International dan United Nations (PBB) dah menyelar tindakan Malaysia-sebuah negara 'demokrasi'- menggunakan kekerasan dalam menangani hal ni
so,lepas ni aku nak tengok adakah PRU-13 nanti akan dilanda Tsunami 2.0 macam PRU-12 dulu..rasanya kaum saluran 1 memang tak boleh dicelikkan mata lagi sebab mata mereka memang dah nak tutup pun..tinggal lah generasi muda macam aku ni untuk buat perubahan pucuk pimpinan..tak guna kalau kita ada pemimpin korup, pantang ditegur..mereka -mereka ni lah yg akan bankrupkan negara kelak
aku sertakan sekali sajak Sasterawan Rakyat, A. Samad Said
salam
aku baru berjaya daftar untuk persidangan mejabulat online 1Malaysia, buah fikiran PM kesayangan seluruh rakyat Malaysia..kalau siapa-siapa yg nak join, boleh la pergi ke blog 1Malaysia..esok akan bermula persidangan online yg pertama..dimulakan oleh SMEX pertama, Shebby Singh akan menyentuh aspek kesihatan rakyat Malaysia
aku tak nak kritik soal pemilihan SMEX sebab aku tak tau apa kriteria yg diperlukan..yg aku nak kisah adalah kelangsungan & matlamat persidangan ni..whether just nak bodek rakyat untuk pancing undi pilihan raya atau memang nak perbaiki hidup rakyat, we'll see soon
salam
p/s: kita tgkla nanti betul ke meja tersebut betul-betul bulat
sebelum aku start siapkan tutorial math aku yg TERpostponed since hari Jumaat, aku nak story sikit pasal 1 isu yang aku rasa rakyat Malaysia yang muslim n mu'min patut ambil tahu
bermula 1 Jun 2011, Badminton World Federation(BWF) akan kuatkuasakan peraturan baru. Regulation that orders all female players to wear skirts which means that shorts will be banned for these players. Yang menjadi masalah sekarang bukannya BWF @ rules ni tapi sikap Badminton Association Malaysia(BAM) yang langsung tak membantah walau sekelumit malah terang-terangan bersetuju dgn BWF
tak terfikirkah sensitiviti rakyat Malaysia yang benar beragama Islam (even ramai je yang tak kisah) berkenaan hukum-hakam menutup aurat? presiden BAM sendiri orang Melayu Islam. penaung BAM pun orang Melayu Islam (kalau korang tahu siapa yang aku maksudkan la).
then semalam keluar 1 statement dari BWF yang rules ni maybe tak akan jadi kenyataan sebab dibantah oleh China, Indonesia n Scandinavian countries..yes, apa yang korang baca tadi tu bukan aku silap tulis @ mata korang salah baca. tahu tak apa negara Scandinavia ni? they are northern european countries macam Sweden, Denmark, Finland, Norway. Negara bukan Islam yang tak setuju. ape kes ni?
aku malas nak ulas panjang, korang boleh fikir n decide sendiri pandangan korang. azan zohor pun dh berkumandang. aku nk g solat then bersiap pergi kelas bahasa arab pukul 2.
salam
p/s: tak siap gak tutorial math aku..haish
hari ni aku pergi Kuala Lumpur International Book Fair 2011(KLIBF11) di Putra World Trade Centre(PWTC). Last time aku pergi sana time KLIBF09, tapi masa tu tak la segempak tahun ni. Almost every hall dlm PWTC digunapakai.
Macam-macam booth ada. Dari publishing company terbesar sampai la nama syarikat yang tak pernah dgr langsung. Karangkraf ada, PTS ada, Pustaka Darussalam ada, Sasbadi, Fargoes, McGrawHill, senang cerita semua ada. Pelbagai genre buku ada. Motivasi, sejarah, autobiografi, rumahtangga(kahwin..haha), agama, bahasa.
Aku pun pusing-pusing nak cari buku. Aku tak target pun nak beli ape-ape buku sebab selalunya kalau aku jumpa mana-mana buku yang berjaya meng'grab' perhatian aku(selalunya genre biografi), memang aku tak hesitant langsung nak beli, except buku tu mahal sgt. After a few rounds, aku singgah la booth buku depan booth Telaga Biru sebab booth tu tak ramai orang compared to booth Telaga Biru. Puas membelek, aku pun beli 2 buah buku; 1-Khurafat Alam Melayu, 2-Dilema Melayu-Islam. Tunggu aku habis baca dulu baru aku boleh bagi komen.
Mula-mula aku masuk hall Karangkraf, ingat best la sgt. Aku tengok majalah je banyak. Di pentas ada pertandingan Mr. Masculine apa entah. Rasanya tak ada kaitan pun dgn KLIBF11 ni. Then, semua yg ada atas pentas tu menari poco-poco. Apa tujuan pun aku tak tau. Meraikan ke'halal'an poco-poco di semua negeri kecuali Perak agaknya. haha
Bila cakap pasal buku, tak sah kalau tak sentuh sikit-sikit pasal budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia ni. Orang Cina memang tak dinafikan rajin membaca. My hat off to them. Orang Melayu bagi aku better than before sebab aku tengok yang pergi tadi ramai orang Melayu. Cuma kalau nak instil budaya membaca ni susah sikit kot, tambah-tambah di tempat-tempat awam. Aku sendiri ada experience. Satu hari tu, aku nak balik ke UIA dari UM. Masa tengah tunggu bas kat bus stop tu, aku baca la paper kejap. Aku nampak la ada bas nak lalu. Aku pun sambung la baca paper sementara bas tu nak stop. Sekali bas tu jalan straight, macam aku tak ada kat situ. Terpaksa la aku tunggu next bas. Haish, macam mana tu? haha
KLIBF11 berlangsung dari 22 April sampai 1 Mei. Sempat lagi utk sape-sape yang tak pergi lagi. Dari melepak atau tidor kat bilik baik pergi KLIBF11. Sekian.
Assalamualaikum
p/s: entah bila la aku boleh habis baca buku tu...paceroh la korang tunggu..hahah
post malam ni aku nk ckp pasal ban...bukan ban parit tu..ni ban jualan tiket loteri di klate nun...anda2 semua mesti dh tau sikit2 pasal bnda ni kan? kalau ade yg still xtau, terpaksa la aku bgtau..haish
alkisah, ada satu kerajaan pimpinan ulama di satu negeri pantai timur ni nak ban (haramkan) jualan tiket loteri di negeri miskin tersebut..hatta bising satu parti komponen kerajaan persekutuan la cakap langkah tu menyebabkan non-muslim dinafikan salah satu hak mereka..tapi dia ada cakap yg berjudi bukan budaya bangsa non-muslim kat malaysia..hahaha..so ada satu soalan, kalau dh bukan culture yang pulun sungguh2 'hak' non-muslim buat apa? sampai nak babitkan mahkamah lagi
hairan pun ade jugak..mana perginya semua mufti yg ada kat malaysia ni? apsal xde campur tangan langsung dari pihak mufti, JAKIM & majlis fatwa kebangsaan? diam belaka, sampai asyik dgr suara parti yang satu ni je tiap2 hari
thats all guys..salam
p/s: poco-poco ape cer???
sekarang ni tgh kecoh dgn macam-macam hal...bencana di Jepun, pemberontakan di Libya, kes liwat, pembongkaran video lucah, harga barang naik..ape lagi? takut ade lagi yg aku tak mention
latest, 7 staf PBB mati sebab pejabat di Mazar-i-sharif kena serang oleh rakyat afghanistan... xpuas hati sebab pastor terry jones di florida bakar al-quran dgn 50 konco-konco dia...persoalannya,perlu ke serang2 ni? sampai ade yg mati TERbunuh...ISLAM xpernah ajar keganasan macam ni...kalau nak sgt tunjuk rasa xpuass hati pun, buat je la demo secara aman...xpun doa je pintu hati sape2 yg bakar al-quran tu terbuka,dapat hidayah dari Allah
kes liwat & video lucah ni pun xtau la bila nak habis...aku berani jamin ramai di laur sana yg dah fed-up dgn kes2 macam ni...come on la, rakyat dah pandai sekarang ni...celik IT belaka...bukannya utusan malaysia & berita harian je kami baca...tapi aku xtau la ape yang orang2 saluran 1 baca...ade sape2 yang tau x? haha
last thing aku nak bagitau, 6 April 2011 bersamaan hari rabu, aku ade MUET speaking test..ade perasaan cuak di dada...xde la byk sgt, tp bkn sikit la..haha...xpaham? buat2 paham sudah
ok,setakat ni je...salam
p/s: doa la aku xgugup time MUET nanti..xnk la repeat MUET







