Bodohkan Melayu?

Posted by Unknown On Thursday, July 26, 2012 0 comments

Assalamu`alaikum wbt

tengah seronok surfing internet, aku terjumpa artikel yang berkait dengan mercun. dalam tu ade la jugak dia sebut pasal orang Melayu. sejujurnya, aku memang sangat2 setuju yang orang Melayu memang bodoh kalau bab main mercun ni. satu bodoh sebab main, satu lagi bodoh sebab time nak main pandai, tapi yang sampai putus segala anggota tu apehal?


aku cakap aku setuju sebab memang betul pun. pernah tak dalam bulan Ramadhan, tengah berjemaah solat tarawih tiba-tiba POMMM! kat tepi telinga? sape yang main mercun tu? anak orang Melayu kan? ade mak bapak dorang larang? kalau ade Alhamdulillah. kalau takde?


dekat2 nak raya, confirm berjela-jela berita pasal putus jari, putus tangan, kaki sebab main mercun. main meriam. sape tu? anak2 orang Melayu la kan? even mak bapak dah tahu durjana mercun, anak2 still beli jugak. memang tak dinafikan mostly anak2 tu beli senyap2. tapi ade jugak pesen mak bapak yang sponsor anak2 main mercun. konon sayang anak. sayang sangat la tu sampai beraya satu family kat hospital


tiap2 tahun, start je Ramadhan memang berita macam ni je la akan memenuhkan front page surat khabar.

p/s: ahli politik takut orang Melayu kudung tangan kalau laksana Hudud tapi tak takut orang Melayu kudung   tangan sebab main mercun. puiii

Masjid Tercantik

Posted by Unknown On Monday, July 23, 2012 0 comments

Assalamu`alaikum wbt.

Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ni, post kali ni berkenaan masjid-masjid yang paling cantik di dunia.

Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi

Masjid an-Nabawi, Madinah, Arab Saudi

Masjid al-Aqsa, Jurusalem, Palestin

Masjid Terapung, Jeddah, Arab Saudi

Masjid Zahir, Kedah, Malaysia

Masjid Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam

Masjid Putra, Putrajaya, Malaysia
Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan

Masjid Sultan, Kampung Glam, Singapura

Masjid Qubah as-Sakhrah, Jurusalem, Palestin

Masjid Besar Paris, Paris, Perancis
p/s: sumber dipetik dari sini

Ramadhan 1433H

Posted by Unknown On Sunday, July 22, 2012 1 comments

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
( Surah al-Baqarah 2:183 )

Alhamdulillah. kita bertemu lagi ya Ramadhan al-Mubarak setelah setahun (kalendar Hijriah) berpisah. sekarang dah masuk hari ke-2 Ramadhan.

p/s: Ramadhan Kareem al-Mubarak kepada semua. moga tarbiah Ramadhan kali ini menjadikan aku lebih baik dari sebelumnya

Bahasa Melayu vs. English

Posted by Unknown On Friday, June 22, 2012 2 comments

Assalamu`alaikum w.b.t.

AMARAN!!! post ini tiada kena-mengena dengan isu PPSMI mahupun bahasa kebangsaan. juga tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

aku tulis ni just nak bagitau sebab apa aku prefer baca paper bahasa inggeris daripada paper bahasa melayu. firstly, sebab masa sekolah menengah dulu sekolah aku subscribe paper the star. so maksudnya setiap hari la aku baca paper berbahasa inggeris. dah terdidik nak buat macam mana kan? hahah

second reason, english papers have so much to offer in terms of sports news. nak harapkan paper bahasa melayu, 2-3 helai je la berita sukannya. mana puas baca sikit-sikit. kadang-kadang tu semua berita copypaste je dari news agency luar negara e.g. AFP, AP, Reuters. paper BM pun sama, copypaste jugak tapi paper English lagi banyak berita la.

third reason, paper BM tersangat la nipis kalau compared to English newspaper. kalau tebal pun, sebab ade banyak iklan plus 4D, 3D & segala macam nombor ekor lagi lah. berita pun nak sensasi je lebih, tajuk exagerating. plus, paper English ni menghentam parti politik tu kurang tajam la bagi aku sebab paper BM ni lebih kepada propaganda kerajaan. kalau aku nak baca pun, aku prefer sinar sebab agak natural berita politik dia.

sekian, wassalam

Harimau Malaya

Posted by Unknown On Thursday, June 14, 2012 0 comments

Assalamu`alaikum  w.b.t.


1st eleven Malaysia time lawan Singapura-pura


gambar kat atas tu ialah first eleven Malaysia time lawan Singapura last Tuesday. so kalau diperhatikan ade la muka2 baru dalam 1st eleven team negara. 1st, Azamuddin Akil aka Alex (13) dari Pahang & Amiridzwan Taj (6) dari ATM. 


bagi aku. secara personalnya aku suka kalau coach K. Rajagobal panggil player2 lain, tak kira la dari Liga Super ke, Liga Premier ke, asalkan player tu prestasi tgh kemuncak. sebabnya pada pandangan aku Rajagobal ni selalu sgt bagi player favourite dia je yg main. contohnya K. Gurusamy. tak dinafikan time lawan Singapore di Stadium Shah Alam tu dia main elok tapi selalunya perlawanan sebelum ni tak elok pun. 


Malaysia pada aku kekurangan creative midfielder yg boleh create game, pass bola dgn pelbagai corak hantaran & jarak. nak harapkan Safiq sorang  tak boleh jugak. Badri Radzi aka Piya tu aku rasa ok tapi entah sebab ape Rajagobal tak pernah call-up dia.


posisi lain aku rasa setakat player yg ade sekarang ni dah ok kot. midfield je la. back-up takde dah satu hal, partner atas padang untuk Safiq pun tak berapa umphhh lagi. so before AFF Suzuki Cup nanti harap2 Rajagobal berjaya cari lagi 1-2 player midfield untuk memantapkan lagi Harimau Malaya. 


sekian, wassalam.


p/s: Go Go Harimau Malaya aummm aummmm