Jangan mengintip!!!

Posted by Zuhdi Farhan On Monday, May 23, 2011 1 comments

Assalamualaikum wbt


merujuk kepada artikel tulisan Dr. MAZA dalam Sinar Harian 20 Mei lepas, aku nak share sikit pasal intip-mengintip ni. ada pembaca tanya beliau berkenaan kematian seorang individu sebab lari daripada intipan pegawai pencegah maksiat dari pihak jabatan agama islam. so di bawah ni penerangan yang beliau bagi.


mana-mana pihak yang menuduh seseorang berzina perlu menyertakan 4 orang saksi. saksi pula kena nampak perlakuan zina tu secara jelas, bukan dengar-dengar dari orang lain. kalau tidak, pihak yang menuduh dikenakan hukuman qazaf. ok, setel bab tuduhan zina


dalam kita nak mencegah maksiat khususnya zina & khalwat ni, kita tidak boleh mendedahkan maksiat peribadi pelaku. maksudnya, selagi perbuatan tu tak dilakukan secara terang-terangan, kita tak berhak nak tuduh-tuduh. ada beza antara orang yang buat maksiat secara 'live' dengan yang buat sembunyi-sembunyi. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menzahirkan (dosanya)". (Bukhari & Muslim). selagi seseorang tu cuba sembunyikan dosanya maksudnya dia masih lagi ada perasaan malu & menjaga maruah diri dan keluarga.


dalam riwayat Muslim, ada seorang lelaki bertemu Rasulullah berkata: "Ya Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar Ibn Khattab berkata kepadanya, "Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu". Rasulullah SAW tak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah yang bermaksud, "Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi & petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat". (Hud:114). Maka ada seorang bertanya: "Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?" jawab Rasulullah SAW: "Bahkan untuk manusia keseluruhannya".


dari hadis di atas tu kita boleh nampak Rasulullah sendiri pun tidak menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap lelaki tersebut walaupun dia sendiri mengaku depan Rasulullah. firman Allah yang turun lepas tu hanya menyuruh manusia beribadah untuk menghapuskan dosa


fenomena di Malaysia sekarang ni terbalik. maksiat yang jelas berlaku depan mata tak dicegah langsung, apatah lagi ditegur. lelaki perempuan bukan mahram berpelukan dalam filem, drama & teater dibiarkan pihak bertanggungjawab. sampai isteri VVIP peluk artis luar dan atlet pun tak dihiraukan. yang di dalam rumah diintip dan diburu.


Al-Quran melarang perbuatan mengintip untuk mencari maksiat peribadi yang bukan jenayah awam. firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan kamu dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang.." (al-Hujurat:12). kalimah 'wala tajassasu' bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. kata Ibnu 'Abbas: "Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain". kata Mujahid: "Ambillah apa yang nyata dan tinggalkan apa yang Allah tutup".


diriwayatkan bahawa Saiyyidina 'Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaaan yang tidak wajar. lelaki tersebut telah membantah perbuatan 'Umar dan berkata: "Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara". 'Umar bertanya: "Apa dia?". dia berkata: "Allah SWT telah berfirman,"Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain". sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman, "Masukilah rumah melalui pintu-pintunya". sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman, "Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu terlebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya". sesungguhnya engkau tidak memberi salam". maka 'Umar pun meninggalkannya.


D. Yusuf al-Qaradawi menegaskan: "Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat". jika seseorang melakukan kemungkaran secara sembunyi dari pandangan manusia lain dan menutup pintu rumahnya, maka tak seorang pun boleh mengintip/merakam secara diam-diam perbuatan tersebut atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkaran tersebut.


dalam satu hadis sahih telah disebut: "Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)". (riwayat al-Bukhari dan Muslim). justeru,tiada seorang pun mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman ke atas kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Wallahualam


wassalam

1 comments:

Post a Comment