1433H

Posted by Unknown On Sunday, November 27, 2011 0 comments

Assalamualaikum wbt.

"1 Muharram detik permulaan. Perkiraan tahun Islam Hijrah. Perpindahan Nabi & ummat Islam. Dari kota Mekah ke kota Madinah". sape yg tak ingat lagu ni? sape tak ingat meh sini ana nak lempang. apee pun tak buleh. hahah

bermula maghrib 27 November 2011, bermula lah tahun 1433 Hijriyyah mengikut taqwim Islam. maksudnya dah 1433 tahun berlalu selepas Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib ( kemudian ditukar kepada Madinah ). 1433 tahun jugak la semenjak kewujudan negara Islam yg pertama iaitu negara Islam Madinah.

Awal Muharram @ Maal Hijrah yg kita sambut ni bukannya bermaksud Rasulullah berhijrah tepat2 1433 tahun dulu. ramai orang yg salah tanggapan pasal benda ni. Rasulullah berhijrah pada bulan Safar, bulan ke-2 dalam taqwim Islam. Amirul Mu'minin Saiyyidina Umar al-Khattab yg menetapkan perkiraan kalendar Islam dikira bermula pada tahun berlaku penghijrahan Rasulullah, dimulai dgn bulan Muharram. bulan2 ini memang dah lama digunapakai oleh orang2 Arab sejak zaman jahiliyyah lagi.

for the sake of discussing, kita letak tepi kejap soal agama. dalam konteks negara Malaysia bagi aku Maal Hijrah ni tak berapa significant. kenapa? sebab sambutannya tak semeriah sambutan tahun baru masihi. cuba korang try test, compare macam mana tahun baru qamariah disambut dan tahun baru Hijriyyah diraikan. tahun baru masihi ade bunga2 api, ade konsert2 mega. tahun baru Islam ni ape je yg ade. setakat anugerah tokoh Maal Hijrah pelbagai peringkat dari peringkat daerah sampai kebangsaan.

aku bukan nak cakap yg sambutan Maal Hijrah ni patut ade konsert2, bunga2 api n countdown tu semua. tapi dari segi sambutan n kepentingan, Maal Hijrah amatlah jauh ketinggalan berbanding tahun baru 'mat saleh'. point aku di sini, yg mana sepatutnya kita utamakan? sebagai ummat Islam & negara Islam, sambutan mana yg SEPATUTNYA lebih gempak & meriah? korang jawab sendiri.

setakat ni dulu,aku nk kena siapkan 3 assignment drawing yg sedang menanti. Wassalam

p/s: semoga tahun baru ni aku berubah menjadi lebih baik dari tahun lepas. amin   

aummmmmmmmm aummmmmmmmmm

Posted by Unknown On Tuesday, November 22, 2011 0 comments

alhamdulillah. Malaysia menang emas bola sepak sukan sea sekali lagi.

tapi aku still xpuas hati. apsal si fakri saarani tu dapat main wakil malaysia lagi? dari dulu lagi tak ketahuan

dah takde striker lain yg lagi laju, lagi rajin, lagi byk skill dari dia ke kat malaysia ni?

ok bye

Friendly Comparative Religious Course..phase 1

Posted by Unknown On Sunday, November 20, 2011 0 comments

Assalamualaikum wbt.


alhamdulillah, baru selesai program di atas sejam yang lalu. so before aku lupa better aku coret kat sini serba serbi pasal program ni. 1st time aku join, tapi aku rasa dah fall in love dgn program yg seumpama dgnnya. hahah


program ni anjuran WAMY ( World Assembly of Muslim Youth ), dibantu oleh SHAS Mosque. panelis dia pulak Shah Kirit bin Kakulal Govindji & salah seorang cikgu beliau, Engku Fauzi. tujuan utama bolehlah dikatakan untuk mendidik para peserta menjadi seorang da'ie, berdakwah menyebarkan Islam kepada bukan Islam.


tapi utk fasa 1 ni, program  ni just share ilmu pasal basic beliefs of other religions. aqidah agama lain, tuhan-tuhan mereka, hukum hakam agama mereka & ayat dalam kitab-kitab mereka berkaitan keESAan  Tuhan.
banyak la ilmu baru yg aku dapat, selain drpd yg aku memang dah tahu time belajar RIM di CFS dulu. pasal contradiction dlm bible berkenaan Jesus Christ @ Isa al-Masih, divine objects dlm hinduism dll.


lepas ni aku rasa maybe aku akan join yg fasa 2,insyaAllah. best kot kalau belajar benda-benda macam ni. so buat student UIA khasnya, aku rasa memang patut join sbb bukan  ke one of the reasons wujudnya UIA ni utk berda'wah kepada non-muslim? 


sekian,wassalam.


p/s: next program aku nak join maybe Orchads of Love kot, pasal kawin2 muda ni. syok kot. HAHAH   
p/s/s: sorry takde gambar

Mahasiswa dan Perniagaan

Posted by Unknown On Saturday, November 05, 2011 0 comments


Assalamu'alaikum wbt.

agak-agak dah berapa lama aku takde entry baru kat blog ni? hahah. tak payah nak agak la, tgk je date last entry aku

hari ni aku nak tulis sikit pasal isu MLM di kampus-kampus universiti. Rasulullah pernah bersabda yg 90% rezeki tu datang dari perniagaan. So, ramailah mahasiswa-mahasiswa kita yg mengambil langkah berniaga sambil-sambilan time belajar di unversiti. Ada yg berniaga kek, kuih, nasi lemak. Ada yg tolong jadi agent topup, agent dobi & segala bagai la. Ada jugak yg join multi-level marketing @ lagi famous orang sebut MLM

Aku nak share la sikit pengalaman aku diajak/ ditarik/ dipromote utk join MLM ni. aku mmg dari dulu lagi xminat benda-benda mcm ni. time foundation dulu kawan aku dah pernah ajak tapi aku tolak. ingatkan dah takde. tuptup kawan yg lain pulak ajak. sekali lagi aku tolak mentah-mentah. HAHAH

Yg aku pelik sikit, MLM ni strategi je mcm sama je, xkisah la ape jenis MLM pun. antara soalan-soalan klise yg korang akan ditanya ialah 'Korang xrasa ke nak hantar mak bapak pergi umrah guna duit sendiri?' takpun 'korang xnak ke jadi mcm si polan tu,muda-muda pun dah ade kereta, pendapatan sendiri?'. hah. lepas tu akan disebut la contoh orang yg dah berjaya, pendapatan sebulan xkurang 7-8k sebulan.

korang akan di'brief' tentang mcm-mcm hal pasal MLM tu. mcm mana nak buat duit segala bagai la. contohnya, MLM yg aku diajak utk join ni. utk 1st pakej, modalnya 7 ratus lebih tapi duit akan dapat balik modal je. kalau nak untung, kena masuk 2nd pakej. modal 2k lebih dapat duit balik 3k so untungnye dlm 1k. so kat sini maksudnye nak xnak kena beli 2nd pakej. kalau 1st pakej penat je la sbb takde untung. so soalan aku, mana yg untungnye?

secondly, korang kena cari client baru la buleh buat duit. masalahnye, dlm masa before korang dapat balik duit, berapa byk dah duit yg korang dah habiskan? cuba kira kalau seminggu korang pergi dgr talk, kursus semua 3 kali seminggu. tambang sekali pergi je dh dekat rm10. tu baru kira seminggu, belum sebulan ke ape. 
kejayaan pulak xdatang bergolek, duit xdatang melayang kan? ape jaminan yg benda ni akan confirm berjaya?

thirdly, korang xrasa ke benda ni akan ganggu study korang? bayangkan kalau hujung minggu je masa yg ada revise pelajaran tapi dihabiskan utk berjalan ke program yg dianjurkan syarikat? 

lastly, kalau ade sape-sape yg terasa tu, sorry lah. ni semua just pendapat peribadi aku je. ok. happy 'eid al-adha