KLIBF11

Posted by Zuhdi Farhan On Saturday, April 23, 2011 0 comments

Assalamualaikum


hari ni aku pergi Kuala Lumpur International Book Fair 2011(KLIBF11) di Putra World Trade Centre(PWTC). Last time aku pergi sana time KLIBF09, tapi masa tu tak la segempak tahun ni. Almost every hall dlm PWTC digunapakai. 


Macam-macam booth ada. Dari publishing company terbesar sampai la nama syarikat yang tak pernah dgr langsung. Karangkraf ada, PTS ada, Pustaka Darussalam ada, Sasbadi, Fargoes, McGrawHill, senang cerita semua ada. Pelbagai genre buku ada. Motivasi, sejarah, autobiografi, rumahtangga(kahwin..haha), agama, bahasa.


Aku pun pusing-pusing nak cari buku. Aku tak target pun nak beli ape-ape buku sebab selalunya kalau aku jumpa mana-mana buku yang berjaya meng'grab' perhatian aku(selalunya genre biografi), memang aku tak hesitant langsung nak beli, except buku tu mahal sgt. After a few rounds, aku singgah la booth buku depan booth Telaga Biru sebab booth tu tak ramai orang compared to booth Telaga Biru. Puas membelek, aku pun beli 2 buah buku; 1-Khurafat Alam Melayu, 2-Dilema Melayu-Islam. Tunggu aku habis baca dulu baru aku boleh bagi komen.


Mula-mula aku masuk hall Karangkraf, ingat best la sgt. Aku tengok majalah je banyak. Di pentas ada pertandingan Mr. Masculine apa entah. Rasanya tak ada kaitan pun dgn KLIBF11 ni. Then, semua yg ada atas pentas tu menari poco-poco. Apa tujuan pun aku tak tau. Meraikan ke'halal'an poco-poco di semua negeri kecuali Perak agaknya. haha  


Bila cakap pasal buku, tak sah kalau tak sentuh sikit-sikit pasal budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia ni. Orang Cina memang tak dinafikan rajin membaca. My hat off to them. Orang Melayu bagi aku better than before sebab aku tengok yang pergi tadi ramai orang Melayu. Cuma kalau nak instil budaya membaca ni susah sikit kot, tambah-tambah di tempat-tempat awam. Aku sendiri ada experience. Satu hari tu, aku nak balik ke UIA dari UM. Masa tengah tunggu bas kat bus stop tu, aku baca la paper kejap. Aku nampak la ada bas nak lalu. Aku pun sambung la baca paper sementara bas tu nak stop. Sekali bas tu jalan straight, macam aku tak ada kat situ. Terpaksa la aku tunggu next bas. Haish, macam mana tu? haha


KLIBF11 berlangsung dari 22 April sampai 1 Mei. Sempat lagi utk sape-sape yang tak pergi lagi. Dari melepak atau tidor kat bilik baik pergi KLIBF11. Sekian.


Assalamualaikum


p/s: entah bila la aku boleh habis baca buku tu...paceroh la korang tunggu..hahah



0 comments:

Post a Comment