Fikir

Posted by Zuhdi Farhan On Tuesday, April 19, 2011 0 comments

Salam

post kali ni aku nak cakap pasal fikir..korang tau kan apekah maksud fikir? kalau tau xpayah la aku explain kat sini..kalau xtau pergi la tanya sape2 yg dah tau..huahuahua

1st skali,moh kita cakap pasal kes kat pahang nun..kes pasal Lynas Corporation dari Australia yg nk bukak rare earth (nadir bumi) plant kat Gebeng..kerajaan negeri pimpinan adnan yaakob mati-mati nak pertahan keputusan bagi kebenaran syarikat australia tu beroperasi..padahal Agensi Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dah cakap sisa bahan radioaktif yg namanye thorium tu bahaya..AELB pun dah nafi dorang dah bagi kebenaran kpd Lynas utk simpan sisa2 bahan tu dlm loji dorang..persoalan utama sekarang ni, kesihatan & keselamatan rakyat @ duit poket kerajaan yg lagi penting? 

2nd issue,ade la sorang pompuan ni pernah samakan TG Nik Abdul Azizi Nik Mat dgn Ayah Pin..dia cakap camtu sbb TGNA guna agama utk kepentingan politik,sama mcm si ayah pin..apsal bangang sgt pengarah kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) ni aku pun xtau..nak tunjuk dia champion melayu kot..pastu latest sekali dia samakan TGNA ni dgn 'pelacur politik' sbb xnak bgtau pendirian pasal kes video seks yg Datuk T dedahkan..kalau TGNA xnak cakap ape2 pun suka hati dia la,dia bkn ade kaitan ape2 ngan kes 2..aurat pun xtutup, nk buruk-burukkan ulama..bkn bodoh ke namanye 2?

last skali,pasal Utusan Melayu siarkan artikel pasal susuk..kalau xsalah aku utusan ni paper orang Melayu, editornya Melayu, milik parti Melayu & pembaca pun rata-rata semua Melayu..aku  xtau dorang ni  xbelajar agama Islam @ buat-buat jahil agama...susuk tu dah la HARAM dlm Islam, dorang promote lagi bomoh susuk ni siap dgn no telefon..pasni ramai la orang Melayu pakai susuk..wartawan utusan yg cover artikel ni n Utusan Melayu mmg byk la saham dosa dorang kalau budaya susuk ni meningkat dlm kalangan orang Melayu pasni..jahanam bangsa aku

p/s: ni la akibatnye kalau buat ape-ape xfikir

0 comments:

Post a Comment