Eid Mubarak 1433H/2012M - part 2

Posted by Zuhdi Farhan On Wednesday, August 22, 2012 0 comments














Eid Mubarak 1433H/2012M

Posted by Zuhdi Farhan On Monday, August 20, 2012 2 comments




Pesanan Untuk Peniaga Melayu-Islam

Posted by Zuhdi Farhan On Tuesday, August 07, 2012 0 comments

Assalamu`alaikum wbt.

Rata-rata orang Islam mengetahui yang 9/10 daripada rezeki ni datangnya daripada perniagaan. still sektor ekonomi dunia belum mampu dikuasai oleh orang-orang Islam. hatta di Malaysia sendiri pun ekonomi dikuasai oleh non-Muslim.


tak dinafikan semakin ramai orang Islam di Malaysia, khususnya Melayu yang menjerumuskan diri ke dalam arena perniagaan ni. ada yang berjaya, ada yang tak berjaya. memang niat di hati ni kalau buleh nak membantu orang-orang yang seagama & sebangsa, tapi kadang kala sikap mereka membuatkan bantuan yang nak dihulurkan di tarik kembali. fitrah manusia berkehendakkan sesuatu yang mampu memuaskan hati dan perasaan.



sifat orang-orang kita yang ada kalanya tak sabar untuk beroleh kejayaan menjadi punca usaha mereka terbengkalai di separuh jalan. kadang-kadang tu tak sampai suku jalan pun. di sini aku nak senaraikan antara tips non-Muslim berniaga:

1) terima teguran/kritikan pelanggan. kata orang putih "customer always right". orang kita pantang  ditegur, terus melenting
2) biar untung sikit-sikit tapi berterusan. istiqamah katanya. orang kita nak cepat kaya, kalau buleh hari pertama berniaga terus nak untung berlipat ganda
3) jaga hati pelanggan. manis bicara & senyuman untuk pelanggan tak pernah lekang dari mulut. orang kita kadang-kadang berniaga macam nak tak nak je. pelanggan dilayan cincai-boncai. senyum jauh sekali

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).

p/s: aku tak tau & tak reti macam mana nak explain & elaborate ayat al-Quran tu. rujuk la sendiri kat mana-mana ustaz, senang cerita. hahah

Paranoid

Posted by Zuhdi Farhan On Monday, August 06, 2012 0 comments

Assalamu'alaikum wbt


umum mengetahui sekarang ni tengah rancak berlangsung temasya sukan terbesar dunia, Olimpik London 2012. usai acara perasmian 'opening ceremony', maka rancaklah kembali cakap-cakap berkenaan Freemasonry, Illuminati, teori konspirasi etc.


ini semua gara-gara upacara yang dikatakan menyerupai kisah Nabi Musa A.S. juga terdapat sebatang pokok di tengah-tengah padang dianggap sebagai pokok gharqad, pokok orang Yahudi yang disebut dalam hadith Rasullullah S.A.W orang-orang Yahudi akan bersembunyi di sebaliknya.


gambar-gambar sekitar venue acara sukan yang menyerupai simbol & lambang pertubuhan rahsia yang tidak lagi rahsia, Illuminati menguatkan lagi desas-desus ini. ada blog-blog tertentu yang mengutarakan teori yang kononnya akan berlaku satu peristiwa menggemparkan dunia semasa berlangsungnya sukan Olimpik ini, berdasarkan bukti-bukti yang mereka tunjukkan.


bagi aku, teori-teori konspirasi ni maybe betul, maybe tak betul. memang aku pun ade tengok video-video The Arrival dekat youtube tu. and I admit that they are all make sense. tak mustahil perkara-perkara yang terjadi ni hasil daripada kerja-kerja terancang. tapi jangan la kita terlalu taksub dengan teori-teori ni. tak salah nak mengkaji, tapi jangan sampai natijahnya nanti, kita jdi terlalu paranoid dengan segala perkara yang berlaku. sikit-sikit Illuminati. kejap-kejap Freemason. tak buleh la macam tu


apa pun, sebagai orang Islam kita kena ingat kita ada Allah. Allah juga la sebaik-baik perancang. tak akan ada satu pun perkara yang berlaku tanpa keizinan-Nya. Wallahualam.


p/s: masakan orang Melayu la paling banyak unsur-unsur Illuminati ni. if you know what I mean. HAHHA

True Colours of Malaysians?

Posted by Zuhdi Farhan On Sunday, July 29, 2012 4 comments

Assalamu`alaikum wbt


it's been a while since the last time I posted an entry in English. not that I didn't have any idea. it's just I'm not in the mood. hahah


last friday, I journeyed back home with my dongsaeng ( eh, korean??? ) using KTM Intercity train, Ekspres Rakyat. frankly speaking, once the train started to move, I began to see all sorts of behaviours from other passengers boarding that same coach with me.


behind me, there was a guy whose-race-cannot-be-mentioned acting up all cocky like he owned the coach. without considering others, he just listened to songs and turn up the volume more than he should. luckily, other passengers in the coach acted like nothing was wrong with it.


there was also a family, with 2 little kids. it's nice to see cute-looking kids running in the coach. the thing that was not very nice to see was they just left all their trashes behind when they reached their destination. and believe me, their seats were full of tissues and empty bottles.


the government are trying to give an impression to the outsiders that we, Malaysians are a bunch of courteous, neat, clean and etc people but look at what we do. tarnishing our own image, isn't it?


p/s : it seems to me that what the government is trying to do and accomplished is nothing but bullshits. am I right?

Bodohkan Melayu?

Posted by Zuhdi Farhan On Thursday, July 26, 2012 0 comments

Assalamu`alaikum wbt

tengah seronok surfing internet, aku terjumpa artikel yang berkait dengan mercun. dalam tu ade la jugak dia sebut pasal orang Melayu. sejujurnya, aku memang sangat2 setuju yang orang Melayu memang bodoh kalau bab main mercun ni. satu bodoh sebab main, satu lagi bodoh sebab time nak main pandai, tapi yang sampai putus segala anggota tu apehal?


aku cakap aku setuju sebab memang betul pun. pernah tak dalam bulan Ramadhan, tengah berjemaah solat tarawih tiba-tiba POMMM! kat tepi telinga? sape yang main mercun tu? anak orang Melayu kan? ade mak bapak dorang larang? kalau ade Alhamdulillah. kalau takde?


dekat2 nak raya, confirm berjela-jela berita pasal putus jari, putus tangan, kaki sebab main mercun. main meriam. sape tu? anak2 orang Melayu la kan? even mak bapak dah tahu durjana mercun, anak2 still beli jugak. memang tak dinafikan mostly anak2 tu beli senyap2. tapi ade jugak pesen mak bapak yang sponsor anak2 main mercun. konon sayang anak. sayang sangat la tu sampai beraya satu family kat hospital


tiap2 tahun, start je Ramadhan memang berita macam ni je la akan memenuhkan front page surat khabar.

p/s: ahli politik takut orang Melayu kudung tangan kalau laksana Hudud tapi tak takut orang Melayu kudung   tangan sebab main mercun. puiii

Masjid Tercantik

Posted by Zuhdi Farhan On Monday, July 23, 2012 0 comments

Assalamu`alaikum wbt.

Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ni, post kali ni berkenaan masjid-masjid yang paling cantik di dunia.

Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi

Masjid an-Nabawi, Madinah, Arab Saudi

Masjid al-Aqsa, Jurusalem, Palestin

Masjid Terapung, Jeddah, Arab Saudi

Masjid Zahir, Kedah, Malaysia

Masjid Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam

Masjid Putra, Putrajaya, Malaysia
Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan

Masjid Sultan, Kampung Glam, Singapura

Masjid Qubah as-Sakhrah, Jurusalem, Palestin

Masjid Besar Paris, Paris, Perancis
p/s: sumber dipetik dari sini

Ramadhan 1433H

Posted by Zuhdi Farhan On Sunday, July 22, 2012 1 comments

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
( Surah al-Baqarah 2:183 )

Alhamdulillah. kita bertemu lagi ya Ramadhan al-Mubarak setelah setahun (kalendar Hijriah) berpisah. sekarang dah masuk hari ke-2 Ramadhan.

p/s: Ramadhan Kareem al-Mubarak kepada semua. moga tarbiah Ramadhan kali ini menjadikan aku lebih baik dari sebelumnya

Bahasa Melayu vs. English

Posted by Zuhdi Farhan On Friday, June 22, 2012 2 comments

Assalamu`alaikum w.b.t.

AMARAN!!! post ini tiada kena-mengena dengan isu PPSMI mahupun bahasa kebangsaan. juga tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

aku tulis ni just nak bagitau sebab apa aku prefer baca paper bahasa inggeris daripada paper bahasa melayu. firstly, sebab masa sekolah menengah dulu sekolah aku subscribe paper the star. so maksudnya setiap hari la aku baca paper berbahasa inggeris. dah terdidik nak buat macam mana kan? hahah

second reason, english papers have so much to offer in terms of sports news. nak harapkan paper bahasa melayu, 2-3 helai je la berita sukannya. mana puas baca sikit-sikit. kadang-kadang tu semua berita copypaste je dari news agency luar negara e.g. AFP, AP, Reuters. paper BM pun sama, copypaste jugak tapi paper English lagi banyak berita la.

third reason, paper BM tersangat la nipis kalau compared to English newspaper. kalau tebal pun, sebab ade banyak iklan plus 4D, 3D & segala macam nombor ekor lagi lah. berita pun nak sensasi je lebih, tajuk exagerating. plus, paper English ni menghentam parti politik tu kurang tajam la bagi aku sebab paper BM ni lebih kepada propaganda kerajaan. kalau aku nak baca pun, aku prefer sinar sebab agak natural berita politik dia.

sekian, wassalam

Harimau Malaya

Posted by Zuhdi Farhan On Thursday, June 14, 2012 0 comments

Assalamu`alaikum  w.b.t.


1st eleven Malaysia time lawan Singapura-pura


gambar kat atas tu ialah first eleven Malaysia time lawan Singapura last Tuesday. so kalau diperhatikan ade la muka2 baru dalam 1st eleven team negara. 1st, Azamuddin Akil aka Alex (13) dari Pahang & Amiridzwan Taj (6) dari ATM. 


bagi aku. secara personalnya aku suka kalau coach K. Rajagobal panggil player2 lain, tak kira la dari Liga Super ke, Liga Premier ke, asalkan player tu prestasi tgh kemuncak. sebabnya pada pandangan aku Rajagobal ni selalu sgt bagi player favourite dia je yg main. contohnya K. Gurusamy. tak dinafikan time lawan Singapore di Stadium Shah Alam tu dia main elok tapi selalunya perlawanan sebelum ni tak elok pun. 


Malaysia pada aku kekurangan creative midfielder yg boleh create game, pass bola dgn pelbagai corak hantaran & jarak. nak harapkan Safiq sorang  tak boleh jugak. Badri Radzi aka Piya tu aku rasa ok tapi entah sebab ape Rajagobal tak pernah call-up dia.


posisi lain aku rasa setakat player yg ade sekarang ni dah ok kot. midfield je la. back-up takde dah satu hal, partner atas padang untuk Safiq pun tak berapa umphhh lagi. so before AFF Suzuki Cup nanti harap2 Rajagobal berjaya cari lagi 1-2 player midfield untuk memantapkan lagi Harimau Malaya. 


sekian, wassalam.


p/s: Go Go Harimau Malaya aummm aummmm

Portuguese-derived Malay words

Posted by Zuhdi Farhan On 2 comments

Assalamu`alaikum w.b.t


first of all, aku nak pesan awal-awal yang post ni takde kaitan langsung dengan isu PPSMI. HAHAH. jangan salah sangka pulak ye kawan-kawan. post ini juga takde kaitan dengan kemenangan Portugal ke atas Denmark tadi mahupun perpindahan Nazmi Faiz ke SC Beira-Mar.


berikut adalah antara perkataan bahasa melayu yang di'derive'kan daripada perkataan bahasa portugis



PORTUGUESE
MALAY
Armario
Almari
Balde
Baldi
Banco
Bangku
Viola
Biola
Bomba
Bomba
Boneca
Boneka
Bola
Bola
Decano
Dekan
Garfo
Garpu
Igreja
Gereja
Janela
Jendela
Queijo
Keju
Camisa
Kemeja
Carreta
Kereta
Limao
Limau
Manteiga
Mentega
Mesa
Meja
Domingo
Minggu
Padre
Paderi
Festa
Pesta
Fita
Pita
Renda
Renda
Roda
Roda
Rondar
Ronda
Escolar
Sekolah
Sapato
Sepatu
Soldado
Soldadu/Askar
Tanque
Tangki
Tempo
Tempoh
Toalha
Tuala
Trocar
Tukar



p/s: kalau pergi brazil atau portugal lepas ni sebut je perkataan ni, tak payah belajar bahasa portugis pun  takpe. HAHAH

Tragedi

Posted by Zuhdi Farhan On Tuesday, June 12, 2012 4 comments

Assalamu`alaikum wbt


berakhir sudah semester kedua aku di UIA Gombak untuk sesi 2011/2012. selepas habis cuti 3 minggu ni, semester ketiga akan menyusul, bermula 25 Jun 2012. so aku nak story la sikit perkara sedih yang menimpa aku pada hujung bulan April hari tu.


aku tak ingat tarikh sebenar kejadian tapi rasanya 26 April kot. hari Khamis. tempat kejadian : bilik aku di Mahallah Uthman Affan, UIA Gombak. masa : antara 9 hingga 9.30 pagi. pada waktu tu aku telah mengalami kerugian sebanyak RM2k. bukan la perniagaan MLM aku rugi ke ape. aku kan memang benci skor A, tak kan la aku nak joint kot. HAHAH. 


sebenarnya bilik aku telah dipecah masuk. er, bukan pecah masuk kot. dimasuki pencuri la. so nak dijadikan cerita, laptop & fon aku memang kena sebat la. menusuk kalbu bhai, fon baru guna tak sampai sebulan poof hilang macam tu je. laptop tu pulak macam-macam data ade. dengan notes, exercise programming, assignment lesap sekali la. 


puncanya bukan sebab kecuaian aku la. kunci bilik roommates aku kena sebat time dia tidur dekat musolla. memang sedap la pencuri tu bukak pintu bilik, tenang je macam bilik dia. aku pulak tengah tidur time tu. laptop & fon atas meja study. bangun tidur je aku nampak pintu bilik terbukak. menggelabah aku cari laptop & fon tu. bila dah confirm kena curi, tanpa berlengah aku report dekat mahallah office. tapi setakat report je la. barang dah hilang. buat report polis pun sama jugak. 


so aku nak pesan la kat semua, jangan ingat tempat kita tu ramai orang kuat agama, takde pencuri, penyangak & species2 yang sewaktu dengannya tu. tu dekat UIA pun berlambak sebenarnya. tapi aku tak berani la nak tuduh sape yang curi barang aku. aku pun tak mengharap sangat dapat balik barang aku. redha je la.. sekian


p/s: kalau dah pemimpin pun mencuri duit rakyat, tak pelik la kecurian berlaku dalam kalangan rakyat

Melayu bersatu? how come?

Posted by Zuhdi Farhan On Sunday, June 10, 2012 0 comments


"You will never find any people who believe in Allah and the Last Day loving those who have opposed Allah and His Messenger, even though they be their fathers, or their sons, or their brothers, or their kinsfolk. They are those in whose hearts Allah has inscribed faith and has strengthened them with a spirit from Himself. He will admit them to such Gardens underneath which rivers will be flowing, to dwell there in for ever. Allah is well pleased with them and they with Allah. They are of Allah's party. Know it well that those of Allah's party alone are truly successful!"


"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya."


al-Mujadilah [58:22]


Allah dah nyatakan kan?

ILMU

Posted by Zuhdi Farhan On 0 comments

assalamu`alaikum

ringkas je post kali ni sebab aku nak tengok match Euro 2012, Germany lawan Portugal. hahaha

belakangan ni Sekretariat Ilmuan Muda Malaysia (ILMU) makin pelik aku tengok. 2 minggu lepas kalau tak silap aku, ILMU tuduh ramai ulama besar sebagai sesat. antaranya Yusuf al-Qardhawi, Wahbah az-Zuhaili, Hassan al-Banna.

bila aku baca paper sinar harian pagi tadi (9 Jun 2012), ILMU sekali lagi muncul dengan tuduhan pelik mereka. kali ini Jamaluddin al-Afghani & Muhammad Abduh pulak dituduh sebagai agen Barat dalam menyebarkan fahaman pluralisme & liberalisme. Hassan al-Banna, Ikhwanul Muslimin pun turut dikaitkan sekali.

aku tak paham apa motif tulisan-tulisan sebegini disebarkan oleh pihak ILMU. kalau nak sebarkan sesuatu berita, sertakan sekali dengan fakta & bukti-bukti ilmiah. kalau setakat fitnah  cakap kosong, siapa-siapa pun boleh buat. sekian

assalamu`alaikum

Sebab Turunnya Bala Allah

Posted by Zuhdi Farhan On Saturday, March 17, 2012 0 comments


  1. Apabila harta negara hanya berlegar-legar pada orang tertentu sahaja
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber mengaut keuntungan
  3. Apabila zakat dijadikan hutang
  4. Apabila suami memperturutkan kehendak isteri
  5. Apabila anak derhaka kepada ibunya sedangkan dia berbuat baik kepada rakannya
  6. Apabila anak menjauhkan diri dari bapanya
  7. Apabila suara ditinggikan di dalam masjid
  8. Apabila ketua sesuatu kaum itu dilantik dari kalangan orang yang terhina dalam kalangan mereka
  9. Apabila seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  10. Apabila arak diminum di merata tempat
  11. Apabila kain sutera dipakai oleh ramai kaum lelaki
  12. Apabila artis disanjung-sanjung dan menjadi pujaan
  13. Apabila muzik banyak dimainkan
  14. Apabila generasi akhir umat ini menghina ( menyalahkan ) generasi pertama (sahabat ).
(maksud hadith riwayat at-Tirmizi)

♔ Khianat, Sabotaj Semakin Menular ♔

Posted by Zuhdi Farhan On Sunday, March 11, 2012 0 comments

Assalamualaikum


entry kali ni aku nak story sikit pasal politik. dah lama tak buat entry pasal politik ni. tapi ni bukan politik kepartian la. ni pasal politik kampus. standard la kan, aku seorang mahasiswa. HAHAH






gambar2 tu semua adalah banner, banting, poster & logo SRC Carnival di universiti aku. ( SRC = Students Representative Council ). korang semua nampak tak benda2 pelik dalam gambar tu? 


semua dah maklum yang universiti aku ni SRC terdiri drpd wakil2 pro-M. tapi aku taknak cerita pasal pro-M, pro-A atau pro-J. haa, pro-J ni baru wujud. dia muncul sama timeline dia dgn JATI 21. konon2 third force, silent majority. gambar pun bertopeng je ( baca : takut nak dedah identiti ).


so berdasarkan gambar2 tu, dapat la disimpulkan bahawa anasir2 khianat, sabotaj dah mula menular dalam kampus. ni simptom2 politik jahat, politik fitnah, politik samseng yg dah ada kat luar sana tu la. ada golongan2 tertentu yang cuba nak semai & cambahkan budaya politik tak sihat ni ke dalam kampus. 


kononnya nak menzahirkan perasaan tak puas hati, benci & meluat kpd saf pimpinan SRC 2010/2011 padahal tenure kali ini lah diakui ramai warga universiti - kalau bukan yg terbaik pun - antara yg terbaik. aku tak rasa yg buat benda2 khianat ni orang luar. dan aku jugak seboleh-bolehnya tak nak percaya yg perkara ni dilakukan oleh mahasiswa yg kononnya berfikiran matang.


kalau ada rasa tak puas hati, bersemuka la. guna saluran yg betul utk nhyatakan pendapat. ni bukan gaya mahasiswa yg cerdik. ni pun bukan gaya anak jantan. selalunya orang yg baling batu tapi sembunyi tangan ni orang yg pengecut, dayus. orang utara cakap, 'takdak teloq'. HAHAH


tenure 2010/2011 has been officially disbanded. the exact date of PRK still in the shade. so nak tgk la lepas ni sape2 yg pegang SRC tu performance dia mcm mana. kalau pun tak buleh jadi sebaik tenure yg lepas, at least kena buat sehabis baik la. aku jugak teringin nak tgk orang2 yg kalut meng'condemn' failures SRC 2010/2011, mcm mana gamaknya kalau dorang yg jadi SRC? kalau  berani ambil calon time PRK nanti.


p/s: aku tak xetuju kalau orang cakap mahasiswa jgn sibuk hal2 politik

Wasatiyyah Dalam Gaya Hidup

Posted by Zuhdi Farhan On Friday, March 09, 2012 0 comments

Assalamualaikum.

today's Jumaah dear brothers and sisters. so sempena hari Jumaat yang mulia ni aku nak share sikit input yang aku dapat time pergi K-Fiqh hari tu. ni pasal paperwork wasatiyyah dalam gaya hidup.

Pakaian & Aksesori


nak bersolek, bermekap tu buleh. Islam tak larang pun. cuma kena la berpada-pada. tu yang dikatakan wasatiyyah. bersederhana. 1st sekali, niat dan tujuan tu bukan la utk bermegah @ menunjuk-nunjuk. ikut keperluan sudah la. contohnya kalau nak pergi kerja pakai la cara nak kerja. xkan pakai macam time lepak2 dalam rumah. lepas tu tidak mendatangkan kemudaratan. tak kisah la terhadap diri sendiri @ orang lain. jangan keterlaluan dlm berbelanja utk kelihatan cantik @ segak. contohnya beli minyak rambut @ perfume yg harga ratus2. membazir la tu. tak wasatiyyah. baik beli smartphone je. HAHAH

tapi jgn pulak kedekut sgt sampai nampak serabai, kotor, selekeh. ni yg aku rasa mcm nak sekeh kepala. hahah. ape lagi? haa, ikut la 'uruf. maksudnya adat @ kebiasaan setempat. pakai pelik2 kang orang tuduh gila ke, mereng, sewel pulak nanti. lepas tu marah. lepas tu tulis status FB. lepas tu tweet. HAHAH

Pengaturan Harta Kekayaan


1st sekali, make sure harta tu halal. berbelanja utk kegunaan diri sendiri tu dah memadai. kalau halal tapi membazir pun takde guna. membazir tu amalan syaitan. harta yg ada tu jgn dilaburkan pada tempat maksiat. contoh, si fulan ni konon nak ikut sunnah Rasulullah S.A.W la berniaga. tapi dia bukak kelab malam. kan dah galakkan maksiat. matlamat tak menghalalkan cara ok.

harta yg diperoleh tu pulak menyebabkan peningkatan kesyukuran kepada Allah azza wa jalla. kiranya makin bertambah harta kekayaan tu makin dekat diri kepada Allah dan agama-Nya. alang2 tu aku nak sentuh sikit la pasal zuhud. mcm ade kaitan je dgn paragraph ni. konsep zuhud ni meninggalkan apa2 hal keduniaan yg menjauhkan kita dgn akhirat. zuhdi tu pulak nama aku. HAHAH. ok back to our topic.

ramai orang salah anggap zuhud ni hidup miskin, papa kedana. baju koyak rabak. selekeh n kusut masai. padahal orang kaya pun buleh hidup secara zuhud. bill gates tu pun kalau dia Islam buleh hidup zuhud. refer balik konsep zuhud tu. aku bg contoh la senang. ade 2 hamba Allah yg kaya. si A & si B. dua2 nak ke masjid tapi matahri terpacak atas kepala. si A pergi masjid naik mercedes mata belalang dia. si B pulak sengaja jln kaki ke masjid even ade BMW 7series. so sape yg zuhud? si A. sbb si A ni guna nikmat yg Allah kurnia utk memudahkan dia beribadah. Islam suruh umat dia tunjuk apa yg kita ada sebagai cara bersyukur atas nikat yg Allah bagi.

aku pernah baca satu hadis Rasulullah tapi aku tak berapa ingat sgt. sikit2 je la. ada seorang sahabat yg buleh kata kaya la. tapi dia pergi masjid pakai jubah yg ade buruk. bila Rasulluah nampak, baginda tegur. sbb tindakan dia tu tak menunjukkan yg dia bersyukur dgn nikmat Allah kpd dia.

setakat tu dulu la. aku nak mandi, siap2 utk ke masjid pulak ni. satgi pulun update blog sampai Jumaat terlepas. HAHAH.

wassalam. 

Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Posted by Zuhdi Farhan On Saturday, February 25, 2012 2 comments

Assalamualaikum. setelah beberapa lama menyepi, finally I'm back! buahahaha.

semester lepas aku berpeluang join Twins of Faith, a seminar-like program yang dianjurkan oleh Mercy Mission. semester ni pulak, ade rezeki join Konvensyen Fiqh Ummah 2012 anjuran iluvislam.com dgn kerjasama telaga biru, zaharuddin.net & mantop training and consultancy.

K-Fiqh ni menghimpunkan figure2 ulama yg pakar dalam bidang masing-masing & lebih kepada membentangkan kertas kerja yg dihasilkan oleh para asatizah K-Fiqh. the main theme for this convention is 'wasatiyyah'. dalam bahasa melayu, kesederhanaan. in english, moderate.


sesi pembentangan 9 kertas kerja dibahagikan kepada 2 hari. 1st day 4 kertas kerja dibentangkan. selebihnya pada 2nd day. 9 kertas kerja tu ialah Wasatiyyah dalam Aqidah, Wasatiyyah dalam Da'wah, Wasatiyyah dalam Turath, Wasatiyyah dalam Muamalat Harta, Wasatiyyah dalam Tazkiyatun Nafs, Wasatiyyah dalam Ibadah, Wasatiyyah dalam Kefahaman Teks al-Quran & Hadis, Wasatiyyah dalam Siasah/Politik & Wasatiyyah dalam Gaya Hidup.

and then ulama jemputan ialah Sheikh Mufti Ismail Menk dari Zimbabwe & artis jemputan pulak Syam Kamikaze n Akil Hayy. scroll la gambar kt bawah ni. malas nak tulis panjang2. HAHAH


Xifu Naser

Dr. Maszlee

IM Asyraf

Ustaz Fauwaz

para asatizah K-Fiqh

Masjid Terbesar

Posted by Zuhdi Farhan On Sunday, February 12, 2012 0 comments

Masjid merupakan tempat ibadah bagi umat Islam. Keberadaannya sangat vital sekali. Bahkan dibeberapa tempat, masjid dibangun dengan cukup besar, harapannya adalah agar mampu menampung jamaah yang banyak saat beribadah. Dan inilah 15 masjid terbesar di dunia dikutip dari duniakita .
15. Masjid Al-Aqsha di Palestina,

Masjid Al-Aqsa awalnya masjid kecil yang dibangun oleh Khulafaur Rasyidin, khalifah Umar Bin Khattab, tapi dibangun dan diperluas kembali oleh Khalifah Bani Umayyah Abdul-Malik Bin Marwan dan diselesaikan oleh putranya al-Walid Bin Abdul Malik pada tahun 705 Masehi. Setelah gempa bumi di tahun 746, masjid tersebut benar-benar hancur dan dibangun kembali oleh khalifah Abbasiyah al-Mansur pada tahun 754.
14. Masjid Al-Fath di Bahrain

Masjid Al-Fath, juga di kenal sebagai Islamic Center Al-Fath dan Masjid Raya Al Fath, merupakan salah satu dari masjid masjid terbesar di dunia yang mampu manampung lebih dari 7000 orang jamaah shalat dalam waktu bersamaan. Masjid tersebut merupakan tempat ibadah terbesar di Bahrain. Masjid terletak di jalan raya Raja Faisal di Juffair, sebuah kota kecil yang berlokasi di ibukota Manama.
13. Masjid Sultan Ahmad di Turki

Masjid Sultan Ahmad merupakan masjid Nasional Turki, dan merupakan masjid bersejarah di Istambul, kota terbesar di Turki dan keKalifahan Ustmaniyah (Ottoman Empire) dari tahun 1453 – 1923 M. Masjid ini lebih terkenal sebagai Masjid Biru karena keramik biru yang menghiasi dinding dan interiornya.
Masjid tersebut di bangun antara tahun 1609 dan 1616 M, selama pemerintahan Sultan Ahmad 1. Seperti kebanyakan masjid-masjid lain, bangunan itu juga terdiri dari kuburan, madrasah dan sebuah hospice. Masjid Sultan ahamad telah menjadi daya tarik wisatan terkenal di Istambul.
12. Masjid Negara di Malaysia

Masjid Negara merupakan masjid Nasional di Malaysia, berlokasi di Kuala Lumpur. Masjid tersebut berkapasitas 15,000 orang dan terletak diantara 13 acre (52,000m) dari taman-taman yang indah.
11. Masjid Id Kah di Kasgar, Xinjiang

Masjid Id Kah merupakan masjid yang berlokasi di Kasgar Xinjiang, di bagian barat China. masjid ini merupakan masjid terbesar di China. Setiap Jum’at masjid tersebut di penuhi 10,000 orang jamaah dan dapat menampung 20,000 orang jamaah sekaligus.
10. Masjid Baitul Mukharam di Dakha, Bangladesh

Baitul Mukharam merupakan masjid Nasional Bangladesh, berlokasi di Dhaka, ibukota Bangladesh, didirikan pada tahun 1960. Masjid tersebut berkapasitas 30,000 orang, memberikannya tempat terhormat diantara 10 masjid terbesar di dunia. Namun, masjid tersebut senantiasa penuh sesak. ini khususnya terjadi selama bulan suci Ramadhan, yang mengakibatkan pemerintah Bangladesh menambah perluasan pada masjid sehingga meningkatkan kapasitasnya menjadi hampir 40,000 orang jamaah.
9. Masjid Jami’ Dehli, India

Masjid Jahan Numa, umumnya lebih terkenal dengan nama Masjid Jami’ Delhi, merupakan masjid utama dari kota Tua Delhi di India. masjid tersebut ditugaskan di bangun oleh Kaisar Mugal Sah Jehan, pendiri Taj Mahal, dan selesai pada tahun 1656 AD, ini merupakan masjid terbesar dan terkenal di India. terletak di jalan paling sibuk di pusat kota Tua Delhi, Channi Chowk.
8. Masjid Sheikh Zayed di Uni Emirat Arab

Majid Sheikh Zayed di Abu Dhabi merupakan masjid terbesar di Uni Emirat Arab dan masjid ke enam terbesar di dunia. Masjid ini dinamakan dengan Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pendiri dan Presiden pertama Uni Emirat Arab yang juga di makamkan disana. Masjid tersebut resmi di buka pada bulan suci Ramadhan tahun 2007.
7. Masjid Badshahi di Lahoredi, Pakistan

Masjid Badshahi atau “Masjid Kaisar” di Lahore merupakan masjid terbesar kedua di Pakistan dan di Asia Selatan dan merupakan masjid ke lima terbesar di dunia. Mampu menampung 10,000 jamaah di ruang shalat utama dan 100,000 di halaman dan serambi, masjid tersebut merupakan masjid tersbesar di dunia selama kurun waktu 313 tahun (1673-1986) sebelum akhirnya di kalahkan dalam ukuran oleh Masjid Faisal di Islamabad.
6. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan

Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid terbesar di Pakistan dan Asia Selatan dan masjid terbesar keenam di dunia. Ini adalah masjid terbesar di dunia sejak tahun 1986-1993 ketika dikalahkan dalam ukuran setelah penyelesaian Masjid Hassan II di Casablanca, Maroko. Perluasan selanjutnya dari Masjidil Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah, Arab Saudi selama tahun 1990-an menjadikan Masjid Faisal berada diurutan keempat dalam hal ukuran.
Masjid Faisal adalah Masjid Nasional Pakistan. Masjid ini memiliki daerah tertutup 5.000 m2 (54.000 sq ft) dan memiliki kapasitas untuk menampung sekitar 300.000 jamaah (100.000 dalam ruang shalat utama, halaman dan portico dan 200.000 lainnya di lahan sebelah). duniakita.info Meskipun ditutupi ruang shalat utama lebih kecil daripada yang dari Masjid Hassan II di Casablanca. Masjid Faisal memiliki kapasitas terbesar ketiga menampung jamaah dalam pekarangan setelah Masjidil Haram (Grand Mosque) Mekkah, Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah. Masing-masing dari empat menara mesjid tingginya adalah 80 m (260 kaki) merupakan menara tertinggi di Asia Selatan) dengan diameter 10 m.
Masjid Faisal ini diambili nama almarhum Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi, yang mendukung dan membiayai proyek ini.
5. Masjid Hassan II di Casablanca

Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca adalah masjid terbesar di Maroko dan masjid terbesar ketiga di dunia setelah Masjidil Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Al-Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah. Dirancang oleh arsitek Perancis Michel Pinseau dan dibangun oleh Bouygues. Masjid Itu berdiri di sebuah tanjung menghadap ke samudra Atlantik, yang dapat dilihat melalui lantai kaca raksasa. Menara mAsjid Hassan merupakan yang tertinggi di dunia mencapai 210 m.
4. Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia

Masjid Istiqlal, atau Masjid Kemerdekaan di Jakarta, Indonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara dalam hal kapasitas untuk menampung orang-orang. Namun dalam hal struktur bangunan dan luas tanah, Istiqlal merupakan yang terbesar di Asia Tenggara. duniakita.info Masjid nasional di Indonesia dibangun untuk memperingati kemerdekaan Indonesia, sebagai rasa syukur atas berkat rahmat Allah; kemerdekaan Indonesia tercapai. Oleh karena itu masjid nasional di Indonesia ini bernama “Istiqlal”, sebuah kata dalam bahasa Arab untuk “Kemerdekaan”.
3. Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir

Mesjid Muhammad Ali Pasha atau Mesjid Alabaster adalah sebuah masjid yang terletak di dalam Benteng Kairo di Mesir dan dperintahkan di bangun oleh Muhammad Ali Pasha antara 1830 dan 1848.
Terletak di puncak benteng, masjid Utsmani ini, dengan siluet animasi dan dua menara kembar, merupakan masjid yang paling terlihat di Kairo. Masjid ini dibangun untuk mengenang Tusun Pasha, putra tertua Muhammad Ali, yang meninggal pada 1816.
Masjid ini, bersama dengan benteng, adalah salah satu landmark dan tujuan wisata di Kairo dan merupakan salah satu fitur pertama yang akan terlihat ketika mendekati kota dari sisi mana pun.
2. Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi

Masjid Nabawi yang sering disebut Mesjid Nabi, adalah sebuah masjid yang terletak di kota Madinah. Sebagai tempat peristirahatan terakhir dari Nabi Islam Muhammad, dianggap sebagai situs tersuci kedua dalam Islam Sunni maupun kaum Syiah
Salah satu fitur yang paling terkenal dari situs ini adalah Kubah Hijau di tengah-tengah masjid, tempat makam Nabi Muhammad berada. Hal ini tidak diketahui dengan pasti kapan dibangun kubah hijau tetapi naskah menanggalkan pada awal abad ke-12. duniakita.info Hal ini dikenal sebagai Kubah Hijau Nabi. Para penguasa Islam berikutnya memperluas dan menghiasinya.
Masjid aslinya adalah sebuah bangunan terbuka. Rencana dasar bangunan telah diadopsi dalam pembangunan mesjid lain di seluruh dunia. Masjid ini juga berfungsi sebagai pusat kegiatan masyarakat, pengadilan, dan sebuah sekolah agama.
Dalam Islam Haram hukumnya membikin makam di dalam masjid, jadi Masjid Nabawi bukan tempat peristirahatan terakhir dari Rasullulloh Muhammad.
Akan tetapi akibat dari perluasan masjid menjadikan makam Rasullulloh Muhammad berada di dalam Masjid.
Makam Rasullulloh Muhammad berada di dalam kamar beliau di rumahnya yang berada di sebelah masjid kala itu.
1. Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi

Masjidil Haram atau Masjid Suci, adalah masjid terbesar di dunia. Terletak di kota Mekah, masjid tersebut mengelilingi Ka’bah, tempat orang Muslim menghadap di waktu shalat sehari-hari dan dianggap sebagai tempat tersuci di bumi oleh umat Islam. Masjid ini juga dikenal sebagai Masjid Agung.
Struktur saat ini mencakup area seluas 400.800 meter persegi (99,0 hektar) termasuk luar dan dalam ruang berdoa dan dapat menampung sampai 4 juta jamaah selama musim haji.