Listen!X100000

Posted by Unknown On Tuesday, January 15, 2013 0 comments

Assalamualaikum

malam ni satu video has gone viral. video pasal mahasiswi UUM dimalukan dalam dewan di depan khalayak.

khalayak pulak sambil tersengih sumbing bertepuk tangan, bersorak riang tanda bersetuju & menyokong kenyataan seorang ahli panel wanita yang seakan-akan mahu menjawab persoalan yang diutarakan. sebaliknya, individu tersebut memperkecilkan mahasiswi tersebut malahan tidak menjawab soalan dan melalut perkara2 yang tidak berkaitan

hak binatang tiba2 menjadi perkara pokok yang dibangkitkan ahli panel tersebut. kucing, anjing, ikan jerung semua masuk sekali

sejujurnya, imej Muslim terjejas dengan teruk sebab perbuatan ahli panel ni. mahasiswi tu dah la non-Muslim. ditunjukkan perangai buruk macam  tu. haih.

wassalam

p/s: jemput layan video di bawah. kehkehkeh


0 comments:

Post a Comment