Isteri Rasulullah SAW part I

Posted by Unknown On Sunday, January 27, 2013 0 comments

Assalamualaikum

hari ni dah masuk 15 Rabi'ulAwwal 1434H. dua hari yang lepas kita telah menyambut maulid ar-Rasul, sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. perbanyakkan selawat ke atas baginda, moga kita mendapat syafaat daripada baginda di Padang Mahsyar kelak.

tak kenal maka tak cinta. justeru, entry kali ni aku nak tulis mengenai isteri-isteri baginda. aku just bagitau yang basic  je la, nak tau lebih detail kena cari la sendiri. ye dok? hahah

isteri pertama Rasulullah SAW ialah Khadijah binti Khuwaylid bin Asad bin Abdul 'Uzza bin Qusay bin Kilab. sebelum bernikah dengan Rasulullah SAW, Khadijah pernah bernikah dengan 'Utayyiq bin 'Abid dan Abu Halah bin Malik. perkahwinan Rasulullah SAW dengan Khadijah dikurniakan 6 orang anak; Qasim, Abdullah, Zaynab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Fatimah. Khadijah merupakan satu-satunya isteri Rasulullah SAW yang tidak pernah dimadukan. tempoh perkahwinan mereka ialah 25 tahun. Khadijah meninggal dunia kira-kira 3 tahun sebelum peristiwa Hijrah.

isteri kedua Rasulullah SAW ialah Sawdah binti Zum'ah. Sawdah merupakan janda kepada al-Sakran bin 'Amru sebelum dipinang Rasulullah SAW. al-Sakran meninggal dunia selepas kembali ke Mekah setelah berhijrah ke Habsyah. Rasulullah menikahi Sawdah kira-kira 2 bulan selepas Khadijah meninggal dunia. Sawdah meninggal dunia pada tahun 54H.

isteri ketiga Rasulullah SAW ialah A'isyah binti Abu Bakar al-Siddiq. dia digelar al-Humaira' kerana kulitnya yang putih kemerah-merahan. sewaktu Rasulullah SAW  bernikah dengan A'isyah ketika dia berusia 6 tahun, selepas pernikahan Rasulullah SAW dengan Sawdah binti Zum'ah. selepas berhijrah ke Madinah barulah Rasulullah SAW dan A'isyah tinggal bersama ketika Rasulullah SAW berusia 53 tahun manakala A'syah 9 tahun. A'isyah merupakan satu-satunya isteri Rasulullah SAW yang masih gadis semasa dinikahi. sebanyak 174 hadith yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang dilaporkan A'isyah. A'isyah meninggal dunia pada tahun 58H sewaktu pemerintahan Muawiyah dan disemadikan di al-Baqi'.

isteri keempat Rasulullah SAW ialah Hafsah binti Umar al-Khattab. dia merupakan isteri kepada Khunays bin Khuzafah al-Sahmi sebelum bernikah dengan Rasulullah SAW. Khunays terkorban syahid dalam Perang Badar. Hafsah berkahwin dengan Rasulullah SAW pada tahun 3H ketika berusia 20 tahun dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 45H.

p/s: sumber rujukan ialah buku Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW

0 comments:

Post a Comment