Isteri Rasulullah SAW part II

Posted by Zuhdi Farhan On Saturday, February 02, 2013 0 comments

Assalamualaikum

dah nak habis pun cuti semester aku. esok (isnin) akan berkonvoi dengan rakan-rakan kembali ke bumi UIAM terchenta. tapi bukan itu yang aku nak cerita. aku nak sambung pasal isteri Rasulullah SAW

isteri kelima Rasulullah SAW ialah Zaynab binti Khuzaymah bin al-Harith. semsa zaman jahiliah, dia digelar Ummul Masakin kerana gemar memberi makanan kepada orang miskin. Dia merupakan janda kepada Abdullah bin Jahsyin, sepupu Rasulullah SAW yang syahid dalam Perang Uhud. Rasulullah SAW menikahi Zaynab pada tahun 4H. Zaynab meninggal semasa Rasulullah masih hidup dan disemadikan di al-Baqi'.

isteri Rasulullah SAW yang keenam ialah Hindun binti Abu Umayyah Huzafah al-Mughirah al-Makhzumiyyah. nama gelarannya ialah Ummu Salamah. dia merupakan janda kepada Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad, sepupu dan saudara susuan Rasulullah SAW. Abu Salamah terkorban kerana luka parah dalam Perang Uhud. Sebelum pinangan Rasulullah SAW diterima pada tahun 4H, Ummu Salamahterlebih dahulu telah menolak pinangan Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Ummu Salamah meninggal pada tahun 58H ketika berumur 84 tahun dan dikebumikan di al-Baqi'.

isteri ketujuh Rasulullah SAW ialah Zaynab binti Jahsyin bin Ri'ab. dia merupakan sepupu Rasulullah SAW, anak kepada Umaymah binti Abdul Mutalib. pada mulanya, Rasulullah SAW meminang Zaynab untuk dijadikan isteri kepada Zaid bin Harithah. selepas Zaid dan Zaynab bercerai, Allah memerintahkan Rasulullah SAW mengahwini Zaynab pada bulan Zulkaedah tahun 5H. Zaynab meninggal dunia pada tahun 20H semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.

isteri kelapan Rasulullah SAW ialah Juwairiyah binti Harith. nama sebenarnya ialah Barrah. Rasulullah SAW sendiri yang menukar namanya. ayahnya merupakan ketua keturunan al-Mustalaq, telah mengumpulkan bala tentera bagi memerangi Rasulullah SAW dalam Perang al-Muraisi' pada tahun 6H. dalam pertempuran itu, keturunan Mustalaq mengalami kekalahan. 200 keluarga berjaya ditawan tentera Islam. suami Juwairiyah, Musafi' bin Safwan telah terkorban. Rasulullah SAW menikahi Juwairiyah pada bulan Sya'ban tahun 6H selepas memerdekakannya. Juwairiyah meninggal dunia pada tahun 56H ketika berusia 65 tahun.

p/s: rujukan dari buku Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW

0 comments:

Post a Comment