Isteri Rasulullah SAW part III

Posted by Zuhdi Farhan On Wednesday, February 13, 2013 0 comments

Assalamualaikum

malas nak mengomel panjang2, kita direct to the point terus. sambung 2 entry terdahulu berkenaan isteri2 Rasulullah SAW, hari ni sambungan part III.

isteri ke-9 Rasulullah SAW ialah Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan bin Harb. Ummu Habibah Ramlah ialah janda kepada Ubaydillah bin Jahsyin, sepupu Rasulullah SAW. Ummu Habibah Ramlah dan suaminya pernah berhijrah ke Habsyah. ketika di Habsyah, Ubaydillah telah murtad dan menganut Kristian dan meninggal dalam kekafiran. Rasulullah SAW telah mengirim 'Amru bin Umayyah al-Damiri kepada al-Najasyi. melalui al-Najasyi, Rasulullah SAW telah melamar Ummu Habibah Ramlah untuk dijadikan isteri. sepupu Ummu Habibah Ramlah, Khalid bin Sa'id bin al-'As menjadi wali bagi upacara pernikahan. perkahwinan Rasulullah SAW dengan Ummu Habibah Ramlah berlangsung pada tahun 7H. Ummu Habibah Ramlah meninggal pada tahun 44H.

Safiyyah binti Huyay bin Akhtab merupakan anak perempuan kepada ketua bangsa Yahudi bani Nadhir. suaminya, Kinanah bin Abu al-Haqiq dan ayahnya terkorban dalam Perang Khaybar manakala Safiyyah sendiri ditawan tentera Islam. Safiyyah diberi 2 pilihan; dibebaskan atau memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah SAW. Safiyyah memilih menjadi isteri Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bernikah dengan Safiyyah selepas Perang Khaybar pada tahun 7H. Safiyyah meninggal dunia pada tahun 50H dan dikebumikan di al-Baqi'.

Maymunah binti al-Harith ialah ibu saudara kepada Abdullah bin Abbas dan Khalid bin al-Walid. nama asalnya ialah Barrah. Rasulullah yang menukarnya kepada Maymunah. sebelum menjadi isteri Rasulullah SAW, Maymunah merupakan isteri kepada Abu Rahm bin Abdul Uzza al-'Amiri. Maymunah ialah perempuan terakhir yang dinikahi Rasulullah SAW, iaitu ketika Umrah al-Qadha' di Makkah. Maymunah meninggal pada tahun 51H ketika Muawiyah bin Abu Sufyan menjadi khalifah.

Mariyyah al-Qibtiyyah atau Mariyyah binti Syam'un ialah hamba yang dihadiahkan oleh penguasa Mesir, al-Muqawqis kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW dikurniakan anak dengan Mariyyah bernama Ibrahim namun meninggal ketika berusia 16 bulan. Mariyyah meninggal di Madinah pada tahun 16H.

tamat la sudah siri isteri2 Rasulullah SAW. wassalam

p/s: sumber rujukan ialah buku Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW

0 comments:

Post a Comment