2 Manusia

Posted by Zuhdi Farhan On Saturday, March 16, 2013 0 comments

Di pandangan mata pencinta buana,
Islam itu kanun purba cuma,
Kadang-kala dibuang dan kadang-kala diguna.

Pancaindera dikaburi dan dibuta,
Dek taman dan bunga di alam yang fana,
Yang baik itu neraka yang buruk itu syurga.

Pendamba syurga itu lain lagaknya,
Islam diangkat dijulang dan dijaga,
Dari ancaman anasir cacamerba.

Yang dicari itu rahmat Yang Esa,
Yang dikejar itu syafaat Khatimul Anbia,
Moga-moga ketemu dengan-Nya.

p/s: di mana agaknya aku berada? yang pertama atau kedua?


0 comments:

Post a Comment