Eid Mubarak 1433H/2012M - part 2

Posted by Zuhdi Farhan On Wednesday, August 22, 2012 0 comments














Eid Mubarak 1433H/2012M

Posted by Zuhdi Farhan On Monday, August 20, 2012 2 comments




Pesanan Untuk Peniaga Melayu-Islam

Posted by Zuhdi Farhan On Tuesday, August 07, 2012 0 comments

Assalamu`alaikum wbt.

Rata-rata orang Islam mengetahui yang 9/10 daripada rezeki ni datangnya daripada perniagaan. still sektor ekonomi dunia belum mampu dikuasai oleh orang-orang Islam. hatta di Malaysia sendiri pun ekonomi dikuasai oleh non-Muslim.


tak dinafikan semakin ramai orang Islam di Malaysia, khususnya Melayu yang menjerumuskan diri ke dalam arena perniagaan ni. ada yang berjaya, ada yang tak berjaya. memang niat di hati ni kalau buleh nak membantu orang-orang yang seagama & sebangsa, tapi kadang kala sikap mereka membuatkan bantuan yang nak dihulurkan di tarik kembali. fitrah manusia berkehendakkan sesuatu yang mampu memuaskan hati dan perasaan.



sifat orang-orang kita yang ada kalanya tak sabar untuk beroleh kejayaan menjadi punca usaha mereka terbengkalai di separuh jalan. kadang-kadang tu tak sampai suku jalan pun. di sini aku nak senaraikan antara tips non-Muslim berniaga:

1) terima teguran/kritikan pelanggan. kata orang putih "customer always right". orang kita pantang  ditegur, terus melenting
2) biar untung sikit-sikit tapi berterusan. istiqamah katanya. orang kita nak cepat kaya, kalau buleh hari pertama berniaga terus nak untung berlipat ganda
3) jaga hati pelanggan. manis bicara & senyuman untuk pelanggan tak pernah lekang dari mulut. orang kita kadang-kadang berniaga macam nak tak nak je. pelanggan dilayan cincai-boncai. senyum jauh sekali

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).

p/s: aku tak tau & tak reti macam mana nak explain & elaborate ayat al-Quran tu. rujuk la sendiri kat mana-mana ustaz, senang cerita. hahah

Paranoid

Posted by Zuhdi Farhan On Monday, August 06, 2012 0 comments

Assalamu'alaikum wbt


umum mengetahui sekarang ni tengah rancak berlangsung temasya sukan terbesar dunia, Olimpik London 2012. usai acara perasmian 'opening ceremony', maka rancaklah kembali cakap-cakap berkenaan Freemasonry, Illuminati, teori konspirasi etc.


ini semua gara-gara upacara yang dikatakan menyerupai kisah Nabi Musa A.S. juga terdapat sebatang pokok di tengah-tengah padang dianggap sebagai pokok gharqad, pokok orang Yahudi yang disebut dalam hadith Rasullullah S.A.W orang-orang Yahudi akan bersembunyi di sebaliknya.


gambar-gambar sekitar venue acara sukan yang menyerupai simbol & lambang pertubuhan rahsia yang tidak lagi rahsia, Illuminati menguatkan lagi desas-desus ini. ada blog-blog tertentu yang mengutarakan teori yang kononnya akan berlaku satu peristiwa menggemparkan dunia semasa berlangsungnya sukan Olimpik ini, berdasarkan bukti-bukti yang mereka tunjukkan.


bagi aku, teori-teori konspirasi ni maybe betul, maybe tak betul. memang aku pun ade tengok video-video The Arrival dekat youtube tu. and I admit that they are all make sense. tak mustahil perkara-perkara yang terjadi ni hasil daripada kerja-kerja terancang. tapi jangan la kita terlalu taksub dengan teori-teori ni. tak salah nak mengkaji, tapi jangan sampai natijahnya nanti, kita jdi terlalu paranoid dengan segala perkara yang berlaku. sikit-sikit Illuminati. kejap-kejap Freemason. tak buleh la macam tu


apa pun, sebagai orang Islam kita kena ingat kita ada Allah. Allah juga la sebaik-baik perancang. tak akan ada satu pun perkara yang berlaku tanpa keizinan-Nya. Wallahualam.


p/s: masakan orang Melayu la paling banyak unsur-unsur Illuminati ni. if you know what I mean. HAHHA