Isu Nama ALLAh

Posted by Zuhdi Farhan On Wednesday, January 09, 2013 0 comments

Assalamualaikum 

hari ni aku nak post entry berkenaan isu semasa di Malaysia setelah lama post pasal perkara lain. Isunyaialah pertikaian penggunaan nama Allah olehnon-Muslim dia Malaysia.

Isu ni kembali hangat setelah Lim Guan Eng meminta kerajaan Malaysia membenarkan penggunaan nama Allah mengganti perkataan Tuhan dalam Bible terbitan Bahasa Melayu.

semalam jugak Sultan Selangor telah mengharamkan penggunaan nama Allah oleh mana-mana non-Muslim di Selangor. di Selangor, pengharaman penggunaan nama Allah oleh non-Muslim memang telah difatwakan sejak tahun 2010.

pendapat peribadi aku, kita orang Islam di Malaysia ni sebenarnya taksub, atau mungkin takut dengan penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim. padahal di dalam al-Quran telah dinyatakan bahawa Allah itu tuhan sekalian alam, bukannya tuhan sekalian orang Islam. Dr. Yusuf al-Qardhawi sendiri tidak menghalang kalimah Allah digunakan non-Muslim

cuma, penggunaan kalimah Allah itu tidaklah digunakan sehingga mengelirukan. misalnya, dalam konsep triniti dinyatakan bahawa Jesus itu Allah, Mary itu Allah, Holy Spirit itu juga Allah. seperti juga pengucapan salam oleh non-Muslim. tak dinafikan kita akan berasa canggung mendengar non-Muslim mengucapkan salam tetapi ia bukan satu kesalahan. cuma harus dipastikan ucapan mereka itu betul & tak lari maksud sebenarnya. semuanya gara-gara kurangnya dakwah Islamiyah besar-besaran dalam negara kita kepada non-Muslim.

Belajar dari teladan Rasulullah S.A.W. menggunakan taktik kaum musyrikin Quraisy dalam Perjanjian Hudaibiyah untuk memberi kelebihan kepada Islam. Isu penggunaan kalimah Allah buleh dijadikan platform untuk dakwah Islamiyah besar-besaran. Bayangkan berapa besar potensi pengislaman rakyat Malaysia kalau hampir 40% rakyat non-Muslim menggunakan perkataan Allah dalam kehidupan sehari-hari mereka.

sekian, wassalam.

0 comments:

Post a Comment