Sebab Turunnya Bala Allah

Posted by Zuhdi Farhan On Saturday, March 17, 2012 0 comments


  1. Apabila harta negara hanya berlegar-legar pada orang tertentu sahaja
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber mengaut keuntungan
  3. Apabila zakat dijadikan hutang
  4. Apabila suami memperturutkan kehendak isteri
  5. Apabila anak derhaka kepada ibunya sedangkan dia berbuat baik kepada rakannya
  6. Apabila anak menjauhkan diri dari bapanya
  7. Apabila suara ditinggikan di dalam masjid
  8. Apabila ketua sesuatu kaum itu dilantik dari kalangan orang yang terhina dalam kalangan mereka
  9. Apabila seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  10. Apabila arak diminum di merata tempat
  11. Apabila kain sutera dipakai oleh ramai kaum lelaki
  12. Apabila artis disanjung-sanjung dan menjadi pujaan
  13. Apabila muzik banyak dimainkan
  14. Apabila generasi akhir umat ini menghina ( menyalahkan ) generasi pertama (sahabat ).
(maksud hadith riwayat at-Tirmizi)

0 comments:

Post a Comment