♔ Khianat, Sabotaj Semakin Menular ♔

Posted by Unknown On Sunday, March 11, 2012 0 comments

Assalamualaikum


entry kali ni aku nak story sikit pasal politik. dah lama tak buat entry pasal politik ni. tapi ni bukan politik kepartian la. ni pasal politik kampus. standard la kan, aku seorang mahasiswa. HAHAH






gambar2 tu semua adalah banner, banting, poster & logo SRC Carnival di universiti aku. ( SRC = Students Representative Council ). korang semua nampak tak benda2 pelik dalam gambar tu? 


semua dah maklum yang universiti aku ni SRC terdiri drpd wakil2 pro-M. tapi aku taknak cerita pasal pro-M, pro-A atau pro-J. haa, pro-J ni baru wujud. dia muncul sama timeline dia dgn JATI 21. konon2 third force, silent majority. gambar pun bertopeng je ( baca : takut nak dedah identiti ).


so berdasarkan gambar2 tu, dapat la disimpulkan bahawa anasir2 khianat, sabotaj dah mula menular dalam kampus. ni simptom2 politik jahat, politik fitnah, politik samseng yg dah ada kat luar sana tu la. ada golongan2 tertentu yang cuba nak semai & cambahkan budaya politik tak sihat ni ke dalam kampus. 


kononnya nak menzahirkan perasaan tak puas hati, benci & meluat kpd saf pimpinan SRC 2010/2011 padahal tenure kali ini lah diakui ramai warga universiti - kalau bukan yg terbaik pun - antara yg terbaik. aku tak rasa yg buat benda2 khianat ni orang luar. dan aku jugak seboleh-bolehnya tak nak percaya yg perkara ni dilakukan oleh mahasiswa yg kononnya berfikiran matang.


kalau ada rasa tak puas hati, bersemuka la. guna saluran yg betul utk nhyatakan pendapat. ni bukan gaya mahasiswa yg cerdik. ni pun bukan gaya anak jantan. selalunya orang yg baling batu tapi sembunyi tangan ni orang yg pengecut, dayus. orang utara cakap, 'takdak teloq'. HAHAH


tenure 2010/2011 has been officially disbanded. the exact date of PRK still in the shade. so nak tgk la lepas ni sape2 yg pegang SRC tu performance dia mcm mana. kalau pun tak buleh jadi sebaik tenure yg lepas, at least kena buat sehabis baik la. aku jugak teringin nak tgk orang2 yg kalut meng'condemn' failures SRC 2010/2011, mcm mana gamaknya kalau dorang yg jadi SRC? kalau  berani ambil calon time PRK nanti.


p/s: aku tak xetuju kalau orang cakap mahasiswa jgn sibuk hal2 politik

0 comments:

Post a Comment