ILMU

Posted by Unknown On Sunday, June 10, 2012 0 comments

assalamu`alaikum

ringkas je post kali ni sebab aku nak tengok match Euro 2012, Germany lawan Portugal. hahaha

belakangan ni Sekretariat Ilmuan Muda Malaysia (ILMU) makin pelik aku tengok. 2 minggu lepas kalau tak silap aku, ILMU tuduh ramai ulama besar sebagai sesat. antaranya Yusuf al-Qardhawi, Wahbah az-Zuhaili, Hassan al-Banna.

bila aku baca paper sinar harian pagi tadi (9 Jun 2012), ILMU sekali lagi muncul dengan tuduhan pelik mereka. kali ini Jamaluddin al-Afghani & Muhammad Abduh pulak dituduh sebagai agen Barat dalam menyebarkan fahaman pluralisme & liberalisme. Hassan al-Banna, Ikhwanul Muslimin pun turut dikaitkan sekali.

aku tak paham apa motif tulisan-tulisan sebegini disebarkan oleh pihak ILMU. kalau nak sebarkan sesuatu berita, sertakan sekali dengan fakta & bukti-bukti ilmiah. kalau setakat fitnah  cakap kosong, siapa-siapa pun boleh buat. sekian

assalamu`alaikum

0 comments:

Post a Comment