1433H

Posted by Unknown On Sunday, November 27, 2011 0 comments

Assalamualaikum wbt.

"1 Muharram detik permulaan. Perkiraan tahun Islam Hijrah. Perpindahan Nabi & ummat Islam. Dari kota Mekah ke kota Madinah". sape yg tak ingat lagu ni? sape tak ingat meh sini ana nak lempang. apee pun tak buleh. hahah

bermula maghrib 27 November 2011, bermula lah tahun 1433 Hijriyyah mengikut taqwim Islam. maksudnya dah 1433 tahun berlalu selepas Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib ( kemudian ditukar kepada Madinah ). 1433 tahun jugak la semenjak kewujudan negara Islam yg pertama iaitu negara Islam Madinah.

Awal Muharram @ Maal Hijrah yg kita sambut ni bukannya bermaksud Rasulullah berhijrah tepat2 1433 tahun dulu. ramai orang yg salah tanggapan pasal benda ni. Rasulullah berhijrah pada bulan Safar, bulan ke-2 dalam taqwim Islam. Amirul Mu'minin Saiyyidina Umar al-Khattab yg menetapkan perkiraan kalendar Islam dikira bermula pada tahun berlaku penghijrahan Rasulullah, dimulai dgn bulan Muharram. bulan2 ini memang dah lama digunapakai oleh orang2 Arab sejak zaman jahiliyyah lagi.

for the sake of discussing, kita letak tepi kejap soal agama. dalam konteks negara Malaysia bagi aku Maal Hijrah ni tak berapa significant. kenapa? sebab sambutannya tak semeriah sambutan tahun baru masihi. cuba korang try test, compare macam mana tahun baru qamariah disambut dan tahun baru Hijriyyah diraikan. tahun baru masihi ade bunga2 api, ade konsert2 mega. tahun baru Islam ni ape je yg ade. setakat anugerah tokoh Maal Hijrah pelbagai peringkat dari peringkat daerah sampai kebangsaan.

aku bukan nak cakap yg sambutan Maal Hijrah ni patut ade konsert2, bunga2 api n countdown tu semua. tapi dari segi sambutan n kepentingan, Maal Hijrah amatlah jauh ketinggalan berbanding tahun baru 'mat saleh'. point aku di sini, yg mana sepatutnya kita utamakan? sebagai ummat Islam & negara Islam, sambutan mana yg SEPATUTNYA lebih gempak & meriah? korang jawab sendiri.

setakat ni dulu,aku nk kena siapkan 3 assignment drawing yg sedang menanti. Wassalam

p/s: semoga tahun baru ni aku berubah menjadi lebih baik dari tahun lepas. amin   

0 comments:

Post a Comment