Pandang Timur

Posted by Zuhdi Farhan On Saturday, August 20, 2011 0 comments

Assalamualaikum w.b.t

kurang dari dua dekad lepas. mantan PM Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir a.k.a. Che Det mengisytiharkan Dasar Pandang ke Timur..apa yang ada di sebelah timur? kenapa tak pandang barat je? utara ke, selatan ke?

sebenarnya beliaun nak suruh kita mencontohi negara Jepun dan rakyatnya.

hari ini aku dapat satu lagi petunjuk kenapa kita rakyat Malaysia, tambah-tambah bangsa Melayu yang beragama Islam patut pandang ke timur. akhbar 19 ogos ada berita pasal rakyat Jepun yang amanah. di wilayah Fukushima yang dilanda tsunami & teruk tersebar radioaktif tu, terjadi satu peristiwa yang amat mengagumkan bagi aku. wang, barang kemas bernilai RM246 juta yang hilang sewaktu bencana tu dikembalikan ke balai polis sampai balai polis pun tak muat dah. nampak tak betapa bagusnya akhlak orang Jepun ni? 

cuba kita bandingkan dengan rakyat Malaysia ni. kalau la jadi bencana macam ni, boleh buat tak rasanya? yang aku ingat masuk dalam berita tahun lepas, pick-up truck bawa duit syiling accident di highway berebut orang-orang kita kutip duit syiling tu. bukan tolong kutip nak bagi balik tapi kutip nak bawa balik untuk diri sendiri. jauh beza dengan orang Jepun.

aku pun bukan nak puji sangat orang Jepun, tapi memang akhlak mereka ni first class, tak macam kita. macam yang orang selalu cakap, kita ni "first class facilities tapi third class mindset". kalau orang Jepun ni beragama Islam, memang aku confident sangat Islam ni dipandang mulia.

so, pakat-pakat la kita ubah perangai buruk kita. yang baik jadikan teladan. tak semestinya apa yang non-muslim buat kita tak boleh tiru. asalkan apa yang mereka buat selari dengan syara'

wassalam

0 comments:

Post a Comment