IQRA..sekadar perkataan atau...

Posted by Unknown On Wednesday, August 17, 2011 0 comments

ALHAMDULILLAH

NUZUL QURAN & 17 RAMADHAN. dua frasa yang merujuk kepada hari yang sama. wahyu pertama dari ALLAH kepada RASULULLAH yang disampaikan melalui perantaraan JIBRIL ketika baginda sedang bermunajat secara bersendirian di Gua Hira' 1432 tahun lepas.


wahyu yang diturunkan ialah 5 ayat pertama surah al-'Alaq. Iqra maksudnya bacalah. selain dari membaca, Allah juga memerintahkan kita menuntut ilmu. ilmuan Islam silam menuruti perintah ini dan berjaya menguasai pelbagai disiplin ilmu sehingga kota-kota Islam didatangi oleh manusia dari seluruh dunia untuk menimba ilmu. apabila Baghdad dilanggar oleh orang Monggol, Sungai Furat (Euphrates) & Tigris menjadi hitam dek kerana buku-buku dari Bait al-Hikmah dibuang ke dalam sungai.


malangnya, umat Islam zaman sekarang ibarat langit dengan bumi jika dibandingkan dengan zaman dahulu. pusat-pusat ilmu telah berpindah ke negara-negara barat walhal dulu mereka yang belajar dari ilmuan Islam


umat Islam khususnya di Malaysia sangat menyedihkan. berapa ramai intelektual Islam yg ada? Melayu-Islam ketinggalan dlm byk segi berbanding non-Muslim. 


sepatutnya sudah sampai masa umat Islam kembali menguasai semula ilmu yg ada pada zaman sekarang. lecturer physics aku kt CFS pun pernah tanya,sampai bila kita nak belajar guna buku teks karangan orang barat?


so tepuk dada tanya iman. sempena nuzul Quran tahun ni jom kita sama-sama tuntut ilmu, naikkan balik martabat umat Islam


sekian

0 comments:

Post a Comment