Madrasah Ramadhan Bermula

Posted by Unknown On Monday, August 01, 2011 0 comments


 “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..” – Al-Baqarah, ayat 183



alhamdulillah,tahun ni sempat lagi sampai ke bulan Ramadhan al-mubarak. moga Ramadhan tahun ni dapatla beramal dgn lebih baik dari tahun lepas. lebih rajin bertarawih, rajin bangun sahur (hahah), rajin qiamullail n segala macam ibadah la


bila sebut je Ramadhan, memang tak sah kalau tak sebut pasal mercun. haha. tadi pun time kat masjid, belum sempat imam takbir nak start tarawih, dah bunyi mercun. belum start puasa lagi. lepas ni harap2 takyah la sebulan asyik berita putus jari putus kaki semua tu.


membazir je mercun ni. lebih kurang  je kalau kita ambil duit kertas lepas tu bakar. cuma ade la beza sikit. kalau bakar mercun ade bunyi meletup. bukan ade faedah pun. mengganggu orang lain ade la. tambah2 waktu orang tengah bertarawih. kalau budak2 tu boleh la jugak nak pandang sebelah mata, yg bapak budak pun kadang2 tak reti bahasa. itu yg masalah besar


aku pun tak paham la certain2 parents yg macam menggalakkan anak2 main mercun. better ajar anak2 tu simpan duit dari buang duit beli mercun. bukan seronok sgt pun, putus jari tu hilanglah semua seronok. haha. time baru padan muka mak bapak tu


baik la ajak anak2 pergi masjid, bertarawih sekali. takde la anak2 tu jadi mangsa sumpah seranah orang kampung sebab buat bising time orang tengah solat. bila cakap "anak sape la tu, mak bapak tak reti ajar ke?" marah. tak paham aku dgn orang2 kita ni


setakat ni dulu entry aku. assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment