Melayu

Posted by Unknown On Wednesday, June 15, 2011 0 comments

Salam


malam ni aku nk cakap sikit pasal MELAYU. even tajuk almost sama dgn entri aku yg dulu tu, isi tak sama. kalau dulu aku paste sajak kawan aku, sekarang aku nak buat karangan. hahaha. bukan, maaf kerana cuba menipu. aku nak tulih pasai masalah orang melayu zaman la ni. tudia aih keluaq loghat utagha 


nama je melayu


yup, kebanyakan melayu sekarang ni nama je melayu. abu bin dollah, siti binti ali. tapi pemakaian masyaAllah, mengalahkan orang bukan melayu. tak kan tak pernah nampak budak-budak melayu melepak kat supermarket? ape yg mereka pakai? seluar jeans hampir terlondeh, abang umur 18 tahun pakai baju adik umur 4-5 tahun. muka macam melayu tapi rambut basuh dgn klorox, celup dalam air karat. kadang-kadang segan dgn bangsa lain bila tgk cara pemakaian & percakapan mereka lebih melayu dari orang melayu


cool, relax, cepat mesra


sebab cool, relax, mesra la macam-macam problem jadi. budak-budak melayu relax je masuk disco, nightclub, pub. cool je budak-budak melayu teguk air tu, selamber je. cepat mesra pulak tu dgn orang yg baru 2-3 jam kenal. siap boleh ikut lg pergi lepak tepi pantai, then bila penat check in hotel murah. sebab tu la berkoyan-koyan anak luar nikah, suami isteri yg tak bernikah. yg kat dalam pusat serenti pun orang melayu la paling ramai.


lupa


melayu ni mudah lupa. ni bukan aku kata, seorang nasionalis legenda negara kita yg kata. lupa beri didikan agama kat anak-anak. lupa asal-usul, lupa keluarga. lupa soal dosa pahala, syurga neraka. ramai orang melayu tak reti baca al-Quran, tak reti baca & tulis tulisan jawi. masyarakat la yg lupa nak ambil perhatian.


bukan semua orang melayu macam tu, sikit je pun. tapi sebab yg sikit tu la orang lain pun terpalit sama. bukan nak tuding jari kat sape-sape, just nak bagi peringatan kat diri sendiri


salam


p/s: aku pun melayu 



0 comments:

Post a Comment