siasah

Posted by Zuhdi Farhan On Tuesday, June 14, 2011 0 comments

Salam


'Negara Berkebajikan' merupakan isu terhangat masa kini selepas isu LYNAS, harga barang & tarif elektrik naik dan kes video. dalam seminggu dua ni, ramai orang yg merasa terpanggil ( ke dipanggil?) membuat kenyataan berkenaan isu ni. pelik gak, orang yg xde kaitan dan berkepentingan pun dapat liputan


isu ni bermula selepas ucapan presiden satu parti politik Islam dlm muktamar parti tersebut. dinyatakan bahawa parti itu akan menumpukan perhatian kpd 'Negara Berkebajikan', bukan lagi 'Negara Islam' seperti sebelum ni. hal ini disebabkan dlm al-Quran sendiri ada menyebut tentang perkara ini. presiden itu juga berkata yg penting adalah kandungan, bukannya penjenamaan.


arakian, tersebut la kisah satu parti politik Melayu yg tidak sekufu dgn parti di atas. orang-orang besar parti bangsa ni berkata bahawa parti agama tersebut telah lari dari landasan perjuangan sebenar dan hanyalah menjadi kuda tunggangan rakan-rakan dlm pakatan yg disertai. 1negara juga akan bankrap jika jika konsep 'Negara Berkebajikan' diaplikasikan. tidak disebut pula bagaimana negara akan bankrap, hanya kata-kata yg tergantung separuh jalan diulang berkali-kali


seusai pemilihan jawatan parti Islam tersebut, berkoyan-koyan media bukan alternatif yg meng'highlight' perkara ini. kononnya ulama sudah disisihkan, tak mendapat sokongan dari akar umbi. sekali lg dikatakan perjuangan parti tersebut sudah tersasar dari landasan sebenar. sejak bila parti bangsa ini membela ulama? bukankah ulama yg sering dihentam, dikeronyok, diganyang oleh parti ini? isu minyak mahal dan beban rakyat bertambah semakin dilupakan, ditolak ke tepi.


renung-renungkan dan selamat beramal


salam

0 comments:

Post a Comment