Mara

Posted by Zuhdi Farhan On Saturday, April 27, 2013 0 comments

Di kejauhan kulihat awan,
Langit dunia diselubung kegelapan,
Halilintar hadir memecah kesunyian,

Sang mentari pula hilang sinaran,
Hujan mencurah menghapus lamunan,
Ribut menghembus bayu perubahan,

Bangkitlah kawan sedarlah rakan,
Usah peduli segala tohmahan,
Cekalkan semangat pasakkan keazaman,


Mara bersama ke puncak kejayaan,
Moga Putrajaya kelak tertawan.

0 comments:

Post a Comment