Tragedi

Posted by Unknown On Tuesday, June 12, 2012 4 comments

Assalamu`alaikum wbt


berakhir sudah semester kedua aku di UIA Gombak untuk sesi 2011/2012. selepas habis cuti 3 minggu ni, semester ketiga akan menyusul, bermula 25 Jun 2012. so aku nak story la sikit perkara sedih yang menimpa aku pada hujung bulan April hari tu.


aku tak ingat tarikh sebenar kejadian tapi rasanya 26 April kot. hari Khamis. tempat kejadian : bilik aku di Mahallah Uthman Affan, UIA Gombak. masa : antara 9 hingga 9.30 pagi. pada waktu tu aku telah mengalami kerugian sebanyak RM2k. bukan la perniagaan MLM aku rugi ke ape. aku kan memang benci skor A, tak kan la aku nak joint kot. HAHAH. 


sebenarnya bilik aku telah dipecah masuk. er, bukan pecah masuk kot. dimasuki pencuri la. so nak dijadikan cerita, laptop & fon aku memang kena sebat la. menusuk kalbu bhai, fon baru guna tak sampai sebulan poof hilang macam tu je. laptop tu pulak macam-macam data ade. dengan notes, exercise programming, assignment lesap sekali la. 


puncanya bukan sebab kecuaian aku la. kunci bilik roommates aku kena sebat time dia tidur dekat musolla. memang sedap la pencuri tu bukak pintu bilik, tenang je macam bilik dia. aku pulak tengah tidur time tu. laptop & fon atas meja study. bangun tidur je aku nampak pintu bilik terbukak. menggelabah aku cari laptop & fon tu. bila dah confirm kena curi, tanpa berlengah aku report dekat mahallah office. tapi setakat report je la. barang dah hilang. buat report polis pun sama jugak. 


so aku nak pesan la kat semua, jangan ingat tempat kita tu ramai orang kuat agama, takde pencuri, penyangak & species2 yang sewaktu dengannya tu. tu dekat UIA pun berlambak sebenarnya. tapi aku tak berani la nak tuduh sape yang curi barang aku. aku pun tak mengharap sangat dapat balik barang aku. redha je la.. sekian


p/s: kalau dah pemimpin pun mencuri duit rakyat, tak pelik la kecurian berlaku dalam kalangan rakyat

4 comments:

Anonymous said...

Stail gila ayat nih...
p/s: kalau dah pemimpin pun mencuri duit rakyat, tak pelik la kecurian berlaku dalam kalangan rakyat

Unknown said...

sape pulak la anon ni. lainkali nak komen perkenal diri ye. peace

theaifamisha said...

kan. betul tu tak semestinya nama uia semua student dia baik. kesian hang, sobs

Unknown said...

terharu la sbb pwencess sudi baca blog patik. HAHAH

Post a Comment